Harian Metro

Gempur sampai selesai

- Sandra Albertz am@hmetro.com.my

 Imigresen Sarawak laksana 995 operasi sepanjang tahun atasi kemasukan PATI

Komitmen Jabatan Imigresen negeri dalam menangani kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sarawak jelas terbukti dengan pelaksanaa­n operasi bersepadu secara berterusan membabitka­n 995 operasi penguatkua­saan sepanjang tahun ini.

Pengarah Imigresen Sarawak Ken Leben berkata, pelaksanaa­n operasi bersepadu melalui Hari-Hari Operasi dan Konsep Gempur Terus Gempur itu membolehka­n pihaknya menahan 2,849 PATI membabitka­n pemeriksaa­n 22,233 warga asing di seluruh negeri ini.

“Selain penahanan itu, kami juga berjaya menumpaska­n satu sindiket memalsukan cop keselamata­n di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) dengan tertangkap­nya 19 warga asing.

“Sindiket itu cuba memboloska­n warga asing keluar masuk ke negeri ini dengan menyalahgu­nakan pas berlepas domestik dan pas berlepas antara wilayah,” katanya ketika Sambutan Hari Imigresen Malaysia 2017 di Pustaka Negeri Sarawak, semalam.

Majlis sambutan itu dirasmikan Setiausaha Persekutua­n Sarawak Datuk Mansor Man.

Ken berkata, keseluruha­n 995 operasi yang dijalankan pihaknya itu bermula Januari tahun ini sehingga 2 Disember lalu.

“Operasi yang dijalankan itu meningkat berbanding keseluruha­n 869 operasi sama yang dijalankan sepanjang tahun lalu.

“Selain operasi berkenaan, Depot Tahanan Semuja di Serian juga sudah diaudit Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­sa (EAIC) pada 8 Ogos lalu dan didapati mematuhi 100 peratus peraturan yang ditetapkan,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI Jabatan Imigresen Marina Pathi (kiri) dan Sophia Lee Mohamad melakukan demostrasi ‘Mars Mirror’ sempena Sambutan Hari Imigresen 2017, Peringkat Negeri Sarawak di Auditorium Pustaka
Negeri Sarawak.
PEGAWAI Jabatan Imigresen Marina Pathi (kiri) dan Sophia Lee Mohamad melakukan demostrasi ‘Mars Mirror’ sempena Sambutan Hari Imigresen 2017, Peringkat Negeri Sarawak di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia