Harian Metro

RM400,000 biaya pendidikan anak Penan

-

Kuching: Sarawak Energy Berhad (SEB) menyumbang RM400,000 kepada Tabung Amanah Bakun (TAB) untuk membiayai pendidikan anak Penan dan komuniti yang terjejas akibat projek empangan hidroelekt­rik di negeri ini.

Sumbangan itu bakal memanfaatk­an pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok Antu, Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Delok, Sk Ulu Engkari, SK Nanga Tibu, SK Sebangki, Sk Skarok dan SK Batang Ai, selain pelajar pendidikan tinggi yang layak dari 48 rumah panjang di kawasan terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SEB, Sharbini Suhaili berkata, sumbangan pendidikan itu juga adalah sebahagian daripada program pelaburan sosial SEB untuk membantu membangunk­an modal insan di negeri ini.

“SEB berharap

inisiatif

pelaburan sosial ini dapat memberi faedah kepada komuniti yang terjejas akibat projek pertama hidroelekt­rik SEB iaitu Loji Hidroelekt­rik Batang Ai.

“Selain itu, ia juga sebagai usaha meneruskan inisiatif (SEB) menyokong keperluan pendidikan belia di Sarawak,” katanya sempena majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MOU) antara SEB dengan TAB untuk memajukan sosioekono­mi komuniti menerusi asas pendidikan di ibu pejabat SEB, di sini, semalam.

SEB diwakili Sharbini, manakala TAB diwakili pengerusin­ya yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Jemut Masing. Turut hadir Penolong Pengurus Besar Tanggungja­wab Sosial Korporat SEB Jiwari Abdullah, Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang dan Ahli Dewan Undangan Negri (ADUN) Murum Chukpai Ugon.

 ??  ?? JAMES Jemut (tengah) dan Sharbini (dua dari kanan) bertukar dokumen MoU, semalam.
JAMES Jemut (tengah) dan Sharbini (dua dari kanan) bertukar dokumen MoU, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia