Harian Metro

SINAR 54 ANAK TANPA IDENTITI

 SBJK beri peluang 54 anak jalanan terima akses pendidikan formal secara percuma

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Biarpun mereka tiada dokumen pengenalan diri, 54 anak jalanan dan terpinggir yang sebelum ini keciciran sekolah bakal mempunyai masa depan cerah selepas berpeluang mendapat akses pendidikan formal di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK).

Inisiatif Kementeria­n Pendidikan (KPM) sejak 2013 itu, menyediaka­n akses pendidikan percuma dengan pengubah suaian dari segi kurikulum dan pengoperas­ian sekolah bersesuaia­n dengan keadaan kanak-kanak jalanan dan terpinggir daripada sistem persekolah­an.

Objektif penubuhan SBJK selari dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCRC) bagi menyediaka­n pendidikan untuk semua tanpa batasan.

Pengetua SBJK Zulkernai Fauzi berkata, SBJK satu-satunya sekolah di dunia yang menyediaka­n kemudahan dan akses pendidikan khusus kepada anak jalanan dan terpinggir dengan kebanyakan daripada mereka turut berdepan masalah dokumen pengenalan diri.

“Seramai 54 daripada 152 pelajar kami terdiri daripada mereka yang tiada dokumen pengenalan diri. Lazimnya, pihak sekolah berurusan dengan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) untuk membantu mereka mendapatka­n pengenalan diri.

“Bagaimanap­un, semua keputusan tertakluk kepada prosedur JPN dan ada juga kes mungkin makan masa kerana tidak boleh diselesaik­an dalam tempoh singkat.

“Justeru, sementara menunggu kelulusan JPN sekurang-kurangnya golongan ini mendapat pendidikan daripada terus terbiar di jalanan,” katanya mengulas muka depan Harian Metro semalam mengenai nasib 26 penghuni Rumah Titian Kaseh di Tasik Titiwangsa di sini, yang hidup terumbang-ambing akibat tiada dokumen pengenalan diri.

Menurutnya, proses pengajaran dan pembelajar­an (PdP) bersifat didik hibur dan fleksibel membolehka­n potensi setiap pelajar dicungkil sebelum diserap ke sekolah aliran perdana mahupun bidang vokasional.

“Dengan laluan pendidikan serta kelas kemahiran disediakan SBJK, semua anak ini termasuk mereka yang tiada dokumen pengenalan diri layak menduduki peperiksaa­n awam seperti pelajar di sekolah lain.

“Ia sekali gus selari dengan objektif kita mahu mengurangk­an kadar keciciran dalam kalangan penduduk Malaysia terutama anak jalanan dan tanpa pengenalan diri,” katanya.

Katanya, pihaknya mengalu-alukan penghuni berusia antara empat hingga 19 tahun yang menetap di pusat perlindung­an itu membuat permohonan di SBJK demi masa depan masing-masing.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN muka
depan Harian Metro, semalam. SEKOLAH Bimbingan Jalinan Kasih di Lorong Haji Hussein, Kuala Lumpur.
LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam. SEKOLAH Bimbingan Jalinan Kasih di Lorong Haji Hussein, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia