Harian Metro

BISA TEDUNG SENDUK

 Tangan mangsa dipatuk dua kali ketika tidur

- Farah Suhaidah Othman am@hmetro.com.my

“Dia (Muhammad Izz Fayat Sumardi, 2) menangis dan menjerit kesakitan sebelum isteri saya mendapati tapak tangan kirinya berdarah serta terdapat dua kesan patukan ular.

“Panik dengan keadaan itu, saya membawa anak saya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan menghubung­i Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk meminta mereka menangkap ular yang masih berada di bawah tilam berkenaan,” kata Sumardi Chek Had, 39.

Sumardi adalah bapa kepada Muhammad Izz Fayat yang cedera selepas tapak tangan kirinya dipatuk ular tedung senduk ketika tidur di sebuah bilik di rumahnya di Bandar Baru Putra, Bercham di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi, Muhammad Izz Fayat dipatuk reptilia berkenaan ketika tidur bersama ibunya di lantai beralaskan tilam dalam bilik berkenaan.

Katanya, ketika kejadian, dia baru saja tamat syif bekerja jam 7 pagi dan mahu melelapkan mata, namun secara tiba-tiba anak bongsunya menangis teresak-esak.

Sumardi berkata, sepanjang perjalanan ke hospital, anak lelakinya menangis tanpa henti dan tangan kirinya kebiru-biruan serta badan tidak bermaya.

“Anak saya dimasukkan ke Wad Kecemasan sebelum dipindahka­n ke Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak HRPB.

“Alhamdulil­lah, pagi ini (semalam) dia sudah sedar dan boleh makan serta minum seperti biasa, cuma tangannya kirinya membengkak hingga paras siku.

“Doktor juga memaklumka­n paru-paru dan buah pinggang anak saya tidak apa-apa,” katanya yang ditemui di HRPB, semalam.

Sumardi berkata, selepas kejadian itu tular di laman sosial, beberapa jirannya mengadu rumah mereka pernah dimasuki ular tedung berkenaan.

Alhamdulil­lah, pagi ini (semalam) dia sudah sedar dan boleh makan serta minum seperti biasa, cuma tangannya kirinya membengkak hingga paras siku”

Sumardi Chek Had

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TANGAN kiri Muhammad Izz Fayat cedera dipatuk ular.
TANGAN kiri Muhammad Izz Fayat cedera dipatuk ular.
 ??  ?? ULAR yang mematuk Muhammad Izz Fayat.
ULAR yang mematuk Muhammad Izz Fayat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia