Harian Metro

TERMINAL SANGKUT

 Dua beradik warga Palestin hidup gelandanga­n di klia2 selama 52 hari selepas pasport disenarai hitam

- lapor Kalidevi Mogan Kumarappa

> Persis plot filem The Terminal lakonan aktor Tom Hanks dan Catherine Zeta-Jones apabila dua beradik warga Palestin, Hamzeh Kachchan, 23, dan adiknya, Uthman, 13, tersadai di ruang transit Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) sejak 52 hari lalu. Mereka dihalang masuk ke negara ini kerana masalah imigresen selepas diusir pihak berkuasa Kemboja sebaik mendarat di negara itu kerana pasport disenarai hitam,

Lebih 52 hari, dua beradik warga Palestin menjadikan ruang transit Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini, sebagai ‘rumah’ selepas hak mereka untuk memasuki negara ini dihalang akibat masalah imigresen.

Nasib mereka tidak ubah seperti plot filem The Terminal lakonan aktor Tom Hanks dan Catherine Zeta-Jones apabila mangsa, Hamzeh Kachchan, 23, dan adiknya, Uthman Kachchan, 13, tersadai di ruang transit di lapangan terbang itu sejak 15 Oktober lalu selepas dihantar pulang kerana gagal memasuki Kemboja dengan alasan pasport mereka disenarai hitam.

Berikutan itu, bawah tangga ruang transit berkenaan dijadikan lokasi utama untuk mereka dua beradik tidur setiap malam. Untuk mandi pula, mereka menggunaka­n tandas di terminal itu manakala makanan pula disediakan setiap hari oleh syarikat penerbanga­n yang membawa mereka ketika berlepas ke Kemboja sebelum ini.

Untuk berkomunik­asi, mereka akan menggunaka­n mana-mana Wifi percuma yang ada di sekitar kawasan transit berkenaan.

Uthman yang fasih berbahasa Inggeris berjaya dipujuk wartawan Harian Metro bagi berkongsi pengalaman sepanjang 52 hari hidup ‘gelandanga­n’ di klia2. Hamzeh pula lebih banyak mendiamkan diri.

Menurutnya, dia dan abangnya sudah berada di Malaysia sejak 1 Julai 2013 dan mereka memiliki dokumen Pesuruhjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk berada di negara ini.

“Hidup kami selesa selama ini walaupun abang (Hamzeh) tidak boleh bekerja tetapi saya boleh bersekolah. Berikutan itu, selepas empat tahun di negara ini kami membuat keputusan untuk ke Kemboja pada 15 Oktober lalu semata–mata untuk berhijrah ke negara berkenaan.

“Namun niat itu tidak kesampaian apabila kami ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Phnom Penh, Kemboja. Kami didakwa tidak membawa wang yang mencukupi sebelum diusir pulang ke Malaysia,” katanya.

Menurutnya, meskipun mereka sudah menunjukka­n bukti tempahan hotel yang akan didiami sepanjang berada di negara itu namun mereka tetap diusir pulang ke Malaysia.

“Sebaik tiba di klia2, kami terkejut apabila tidak dibenarkan melepasi kaunter imigresen atas alasan sudah disenaraih­itamkan. Kini, kami tidak mampu keluar dari Malaysia mahupun memasuki negara ini semula.

“Ruang transit ini adalah rumah kami sejak lebih 50 hari lalu. Kami tiada tempat tidur spesifik sebaliknya akan tidur di ruangan yang muat untuk kami berdua. Kadang–kadang kami tidur di bawah tangga di ruang kosong berdekatan pejabat mahupun kerusi sedia ada,” katanya.

Remaja itu berkata, sepanjang tempoh sama, mereka yang tidak mempunyai pakaian mencukupi selain peralatan asas lain terpaksa mandi sekali dalam tempoh dua minggu.

“Kami bernasib baik kerana diberikan makanan percuma setiap hari oleh pengurusan AirAsia Berhad yang menyediaka­n hidangan tiga kali sehari iaitu nasi goreng atau nasi berlauk ayam.

“Namun akibat tidur dalam kesejukan setiap hari, saya sudah beberapa kali demam,” katanya yang kini mengharapk­an bantuan Pertubuhan Bangsa–Bangsa Bersatu (PBB).

Uthman berkata, mereka sudah beberapa kali menghubung­i pegawai PBB bagi meminta bantuan namun mereka diminta menunggu berikutan kes mereka akan mengambil masa lama untuk diselesaik­an.

“Kami adalah pelarian dan PBB sepatutnya membantu kami keluar daripada masalah ini. Kami tidak boleh menyalahka­n kerajaan Malaysia sebaliknya meminta ihsan PBB dan kerajaan Malaysia untuk membenarka­n kami masuk semula ke Malaysia.

“Dengan memasuki Malaysia, barulah kami dapat menguruska­n visa perjalanan ke negara lain khususnya Jerman berikutan bapa kami berada di situ. Kami juga boleh mendapat perlindung­an daripada PBB sebaik memasuki Malaysia,” katanya.

Dia berkata, selama ini menetap bersama ibu mereka di Kuala Lumpur dan amat merinduiny­a.

Kami adalah pelarian dan PBB sepatutnya membantu kami keluar daripada masalah ini” Uthman

 ??  ?? Dua beradik tersadai 52hari diklia2
Dua beradik tersadai 52hari diklia2
 ??  ?? TEMPAT tidur dua beradik di ruang transit klia2. HAMZEH menikmati juadah yang diberi syarikat penerbanga­n sepanjang berada di klia2. Gambar kecil, Uthman.
TEMPAT tidur dua beradik di ruang transit klia2. HAMZEH menikmati juadah yang diberi syarikat penerbanga­n sepanjang berada di klia2. Gambar kecil, Uthman.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia