Harian Metro

SELERA MUSIM BANJIR

 Wanita peroleh RM200 sehari jual kuih ubi ketuk

- Nurul Fatihah Sulaini am@hmetro.com.my

“Tak sangka kuih ubi ketuk guna resipi ibu mentua saya dapat sambutan luar dugaan sejak mula dijual pada musim banjir hingga membolehka­n saya memperoleh RM200 sehari,” kata Nur Fatira Mohd Arif, 20.

Nur Fatira berkata, pada awalnya dia hanya menjual minuman serta makanan bergoreng lain antaranya keropok dan pisang goreng di hadapan Hospital Daerah Setiu sejak tiga bulan lalu.

Bagaimanap­un, dia yang dibantu suami Mohd Amar Affzan Mohd Fazli, 24, dan adik Fathrisya Irdina Mohd Arif, 13, menjual kuih itu sejak musim banjir kerana mudah mendapatka­n bekalan ubi kayu.

“Ketika mula-mula membuat kuih ini saya hanya menggunaka­n lima kilogram (kg) ubi kayu sehari.

“Namun permintaan semakin meningkat dan setiap hari saya memperuntu­kkan antara 25 hingga 30kg ubi kayu sehari,” katanya yang ditemui di gerainya di sini, semalam.

Menurutnya, bekalan ubi kayu mentah ketika musim tengkujuh murah iaitu sekitar RM1.50 sekilogram.

“Ramuan utama ubi ketuk ini hanya menggunaka­n ubi kayu rebus, kelapa parut dan gula.

“Ubi dibentuk seperti bebola dan dicelup tepung sebelum digoreng,” katanya.

Bagi setiap 30kg ubi, dia mampu meraih pulangan sekitar RM200 hasil menjual ubi ketuk, tidak termasuk jualan lain.

“Setiap hari saya mampu menghasilk­an 600 biji kuih ketuk dengan dibantu keluarga bermula jam 8 pagi dan mula menggoreng pada jam 11 pagi.

“Ubi ketuk ini dijual dengan harga RM1 tiga biji dan pelanggan selalunya membeli antara RM5 hingga RM15,” katanya.

Menurut Nur Fatira, selepas musim banjir permintaan terhadap ubi ketuknya itu terus meningkat.

“Kadangkala sekitar jam 2 petang sudah habis dan jika kedai tutup, saya membuat perkhidmat­an penghantar­an ke lokasi pelanggan,” katanya.

Sementara itu, pelanggan, Nurul Aslina Jamaludin, 20, berkata, dia kerap singgah membeli juadah itu hampir setiap hari.

“Saya suka rasanya yang lembut, lemak manis dan tidak menemui makanan ini di tempat lain,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NUR Fatira menggoreng kuih yang dijual di depan Hospital Daerah Setiu, semalam.
NUR Fatira menggoreng kuih yang dijual di depan Hospital Daerah Setiu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia