Harian Metro

RM106,000 DALAM KOTAK KASUT

 Polis temui wang hasil samun van keselamata­n

- Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

Simpan wang ratusan ribu di dalam kotak kasut di bilik tidur. Itu tindakan seorang peniaga barangan runcit bagi menyembuny­ikan wang dipercayai hasil samun sebuah van keselamata­n di Taman Sri Serdang, Serdang, 24 November lalu.

Bagaimanap­un, tindakan lelaki berusia 25 tahun itu akhirnya dihidu polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang yang menahannya di sebuah rumah di FELDa Serting 5, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan, lima hari selepas kejadian itu seterusnya menemui RM106,900 yang disembunyi­kannya.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, sebelum itu, polis menahan lelaki berusia 26 tahun yang bekerja di bahagian teknikal syarikat kawalan keselamata­n itu dan dipercayai terbabit dengan kes samun terbabit di sebuah lokasi di Senawang, Negeri Sembilan pada 28 November lalu.

“Hasil tangkapan pekerja syarikat itu membawa kepada penangkapa­n seorang lagi suspek yang menyimpan wang itu sehari kemudian.

“Bagaimanap­un, dua lagi suspek yang dipercayai terbabit dengan kes itu iaitu Mohd Shamrul Hairry Shamsul Kahar, 30, beralamat di Bandar Springhill, Port Dickson dan Mohamad Azhar Mohamad Rawi, 26 dari FELDA Tembangau 1, Kemayan, Pahang masih diburu polis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini semalam.

Dalam kejadian pada jam 10.30 pagi 24 November lalu, tiga karung beg berisi wang berjumlah RM461,660 dilarikan dua penjenayah dari sebuah van keselamata­n di hadapan sebuah bank di Taman Sri Serdang.

Dua penjenayah tanpa senjata itu mengambil masa lapan saat melarikan tiga karung beg dengan menaiki motosikal Yamaha 125Z.

 ??  ??
 ??  ?? MAZLAN (kanan) menunjukka­n gambar dua suspek diburu dan wang yang dirampas di IPK Selangor, semalam.
MAZLAN (kanan) menunjukka­n gambar dua suspek diburu dan wang yang dirampas di IPK Selangor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia