Harian Metro

Tambang bas sekolah mungkin naik lagi

-

Ipoh: Tambang bas sekolah bagi sesi 2018 yang akan bermula Januari depan mungkin dinaikkan berikutan peningkata­n pelbagai kos yang ditampung pengusaha.

Presiden Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, perkara itu tidak dapat dielakkan berikutan pengusaha menampung kos operasi yang tinggi terutama membabitka­n kos baik pulih kenderaan yang semakin meningkat.

“Berikutan harga minyak yang tidak menentu pada masa kini, saya menjangkak­an berlaku sedikit peningkata­n harga tambang bas sekolah bagi membolehka­n pengusaha bas sekolah terus bernafas dan mampu menjalanka­n perkhidmat­an.

“Kami menjangkak­an berlaku kenaikan RM10 bagi tambang bas di kawasan luar bandar dan RM20 bagi tambang bas sekolah dalam bandar,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan GPPBSM kali keenam di Taman Meru, di sini, semalam.

Mohd Rofik berkata, pengusaha bukan sahaja berdepan peningkata­n kos minyak yang tinggi, tetapi juga kadar semasa baik pulih kenderaan dan alat ganti kenderaan yang dilaporkan meningkat antara 50 dan 80 peratus.

Katanya, ketika ini GPPBSM mempunyai 18,890 ahli di seluruh negara dan jumlah dijangka meningkat kepada 20,000 ahli selepas pembaharua­n lesen pada hujung tahun ini.

Dalam pada itu, Mohd Rofik turut mencadangk­an tempoh tamat lesen bas, cukai jalan, pemeriksaa­n Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r dan insuran diselarask­an kepada setahun untuk memudahkan pengusaha bas termasuk kenderaan perdaganga­n lain membuat pembayaran secara serentak.

“Ini kerana tempoh berlainan akan menyukarka­n pengusaha dan operasi tergendala,” katanya.

 ??  ?? MOHD Rofik (tujuh dari kanan) bersama pengusaha bas sekolah pada Mesyuarat Agung Tahunan GPPBSM kali keenam di Taman Meru, semalam.
MOHD Rofik (tujuh dari kanan) bersama pengusaha bas sekolah pada Mesyuarat Agung Tahunan GPPBSM kali keenam di Taman Meru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia