Harian Metro

TRUMP MELULU

 Majlis Keselamata­n PBB anjur mesyuarat tergempar hari ini

-

Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini untuk membincang­kan keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel.

Perbincang­an itu diadakan atas permintaan lapan negara dan akan bermula pada jam 10 pagi (waktu tempatan) namun ia turut merangkumi agenda lain bererti isu berkenaan mungkin tidak dibangkitk­an pada awalnya, kata Jepun, yang memegang jawatan presiden majlis terbabit.

Bolivia, Britain, Mesir, Perancis, Itali, Sweden and Uruguay meminta rundingan diadakan, selain meminta Setiausaha Agung Antonio Guterres membuat ucapan pada awalnya.

Susulan pengumuman rasmi Trump itu, Guterres berkata, status akhir Baitulmaqd­is hanya boleh diselesaik­an menerusi perbincang­an langsung antara Israel dengan Palestin.

Guterres turut menegaskan dia selama ini tidak bersetuju sebarang tindakan unilateral selain menyatakan ‘tiada alternatif terhadap penyelesai­an dua kerajaan.’

Duta Bolivia Sacha Sergio Llorenty Soliz menyelar tindakan Trump itu sebagai keputusan melulu dan berbahaya yang melanggar undang-undang antarabang­sa serta resolusi Majlis Keselamata­n.

“Ia bukan saja menggugat proses kedamaian, malah mengancam keamanan serta keselamata­n antarabang­sa,” katanya. - AFP

Ia bukan saja menggugat proses kedamaian, malah mengancam keamanan serta keselamata­n antarabang­sa”

Sacha Sergio

 ??  ?? PATUNG Trump dibakar dalam protes terhadap tindakan Presiden AS mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel.
PATUNG Trump dibakar dalam protes terhadap tindakan Presiden AS mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia