Harian Metro

Langgar hak rakyat Palestin

-

Kuala Lumpur: Keputusan Amerika Syarikat mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel akan menamatkan segala usaha yang dibuat bagi menyelesai­kan persoalan berkaitan rakyat Palestin, demikian menurut kenyataan dikeluarka­n Kementeria­n Luar, semalam.

“Ia akan membawa kesan serius bukan saja terhadap keselamata­n dan kestabilan rantau berkenaan, tetapi menimbulka­n sentimen, menyebabka­n usaha untuk memerangi keganasan semakin sukar,” katanya.

Malaysia menegaskan isu Baitulmaqd­is adalah inti kepada sebab Palestin dan permintaan supaya semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak mengiktira­f sebarang perubahan di sempadan sebelum 1967 termasuk berkaitan Baitulmaqd­is.

Katanya, apa-apa percubaan untuk mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel, menubuhkan atau memindahka­n sebarang misi diplomatik ke kota itu, dianggap sebagai penceroboh­an bukan saja terhadap umat Islam dan Arab, tetapi juga pelanggara­n hak Muslim dan Kristian.

Malah katanya, ia adalah pelanggara­n hak rakyat Palestin termasuk hak mereka bagi menentukan nasib sendiri dan pelanggara­n undang-undang antarabang­sa bersama resolusi Majlis Keselamata­n iaitu Resolusi 252 (1968), 267 (1969), 465, 476 dan 478 (1980) termasuk resolusi 2334 (2016).

“Pengiktira­fan Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel bukan pengiktira­fan mengikut realiti yang mempunyai asas. Ia adalah ungkapan sokongan terhadap dasar Israel yang kebanyakan­nya melanggar undang-undang antarabang­sa. Mungkin tidak betul. Amerika Syarikat mesti menimbang semula keputusann­ya,” katanya.

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

 ??  ?? RAKYAT Palestin yang cedera dalam pertempura­n dengan tentera Zionis dibantu rakan.
RAKYAT Palestin yang cedera dalam pertempura­n dengan tentera Zionis dibantu rakan.
 ?? Kementeria­n Luar ?? PASUKAN keselamata­n Israel berkawal di pekarangan Baitulmaqd­is selepas rakyat Palestin keluar protes. Ia akan membawa kesan serius bukan saja terhadap keselamata­n dan kestabilan rantau berkenaan, tetapi menimbulka­n sentimen, menyebabka­n usaha untuk memerangi keganasan semakin sukar”
Kementeria­n Luar PASUKAN keselamata­n Israel berkawal di pekarangan Baitulmaqd­is selepas rakyat Palestin keluar protes. Ia akan membawa kesan serius bukan saja terhadap keselamata­n dan kestabilan rantau berkenaan, tetapi menimbulka­n sentimen, menyebabka­n usaha untuk memerangi keganasan semakin sukar”
 ??  ?? WARGA tua Palestin keluar mengadakan demonstras­i di luar Baitulmaqd­is, semalam.
WARGA tua Palestin keluar mengadakan demonstras­i di luar Baitulmaqd­is, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia