Harian Metro

Amyra, Amar kongsi nama anak pertama

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli menunaikan janji untuk berkongsi nama anak mereka, Aqeef Anaqi, di laman sosial, malam tadi.

Ia dilakukan serentak dengan tayangan program realiti The Adventure of Aqeef Amyramar di Astro Ria.

Amyra terlebih dahulu memohon maaf kepada semua peminat kerana dia dan suami bukan sengaja tidak mahu mendedahka­n kepada umum namun terikat dengan kontrak.

“Saya dan suami berbesar hati mahu berkongsi wajah dan nama anak, tetapi kami mendapat hak eksklusif penyiaran. Kami tak mahu melanggar kontrak.

“Tidak dinafikan hampir setiap hari peminat bertanya nama dan teringin melihat wajah anak.

“Bagaimanap­un, saya dan suami mengambil keputusan memuat naik gambar anak tetapi tidak secara penuh. Sekurang-kurangnya dapat memenuhi permintaan peminat,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Amyra, wajah anak mereka bakal dikongsi kepada umum selepas episod ketiga program itu.

“Program ini memaparkan episod ketika saya mengandung,

bersalin, proses anak membesar, majlis cukur jambul dan banyak lagi,” katanya.

Sering berkongsi membaca al-Quran di laman sosial membuatkan ramai rakan artis meminta pelakon Johan As’ari, 31, mengajar mereka mengaji.

Bagaimanap­un Johan atau Johan Ariff As’ari, 31, akui segan menerima pelawaan itu kerana berasakan belum cukup ilmu untuk mengajar orang lain.

“Sejujurnya saya segan kerana sedar masih banyak kelemahan dalam bacaan.

“Kalau hendak mengajar sekali pun, saya perlu baiki dahulu. Banyak lagi saya perlu belajar daripada ustaz dan qari untuk menambah ilmu pengetahua­n dalam al-Quran.

“Selepas itu Insya-Allah, ilmu yang bermanfaat memang harus dikongsi bersama,” katanya kepada Harian Metro.

Bagi Johan, perkongsia­nnya membaca ayat suci al-Quran

 Johan As’ari segan rakan artis pelawa mengajar mengaji

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia