Harian Metro

Op Pintas KLIA lumpuh sindiket seludup migran

-

Kuala Lumpur: Empat penghantar, tujuh penjaga dan 33 migran warga Bangladesh yang ditahan dalam serbuan sekitar Lembah Klang kelmarin berjaya melumpuhka­n rangkaian sindiket penyeludup­an migran yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) sejak beberapa tahun lalu.

Operasi dinamakan Op Pintas KLIA eksklusif bersama Skuad Khas Harian Metro itu diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) D7C Bukit Aman Asisten Komisioner Maszely Minhad bermula sejak jam 2 petang, Selasa dan berakhir jam 7 petang, Rabu.

Timbalan Pengarah Jenayah Bersindike­t Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Ruslan Hassan berkata, kejayaan operasi bermula selepas pihaknya yang menjalanka­n intipan menahan empat lelaki tempatan secara berasingan di Kelana Jaya dan Terminal Bas Bersepadu Selatan (TBS).

“Mereka ini berperanan sebagai penghantar migran ke beberapa rumah yang dinamakan penampunga­n sebaik migran terbabit tiba dari KLIA.

“Hasil soal siasat, kami menahan tujuh lagi lelaki warga Bangladesh di beberapa rumah penampunga­n yang bertugas sebagai penjaga kepada semua migran berkenaan.

“Dalam serbuan di rumah itu, seramai 33 lelaki warga Bangladesh dipercayai migran yang diseludup turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Ruslan berkata, antara lokasi serbuan ialah di Serdang Raya, Taman Seri Watan, Taman Dagang, Pandan Indah dan Bandar Baru Ampang.

Katanya, operasi bersama itu membabitka­n lapan pegawai dan 13 anggota D7C, 25 pegawai dan 90 anggota dari Bahagian Siasatan dan Perancanga­n

(D8) Bukit Aman serta empat pegawai dan 12 anggota Pasukan Taktikal Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsteris­m (STAGG).

Ruslan yang diminta mengulas mengenai modus operandi sindiket berkata, siasatan awal mendapati sindiket mengenakan bayaran sebanyak RM15,000 seorang oleh ejen dari Dhaka untuk proses perjalanan dari Bangladesh ke negara ini.

“Bayaran RM5,000 dijelaskan sebelum perjalanan ke Malaysia. Baki perlu dijelaskan apabila tiba di Malaysia,” katanya.

 ??  ?? MASZELY (kanan) memeriksa bilik pendatang warga Bangladesh.
MASZELY (kanan) memeriksa bilik pendatang warga Bangladesh.
 ??  ?? RUSLAN
RUSLAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia