Harian Metro

MENANTI GELOMBANG KEDUA TAK MAU RUGI LAGI!

- Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my

Tumpat

Bimbang berlaku banjir gelombang kedua, penduduk di Kampung Kajang Sebidang di sini, mengambil keputusan untuk menetap sementara di rumah saudara terdekat yang tidak berisiko ditenggela­mi air.

Malah, ada antara mereka hanya pulang membersihk­an rumah selepas banjir surut sepenuhnya, semalam.

Nur Azlina Abd Rahman, 43, berkata, dia bersama tujuh anaknya berusia empat hingga 21 tahun menetap sementara di rumah mentua di Kampung Palas Merah kerana bimbang berlaku banjir berikutnya.

“Hari ini (semalam) kami bersihkan rumah dulu kerana bimbang binatang berbisa tumpang berteduh. Itupun, saya jumpa seekor anak ular bersaiz kecil.

“Jika tak dibersihka­n, memang lebih banyak binatang bahaya lain ditemui.

“Untuk sementara, kami lebih selesa tumpang di rumah mentua terlebih dulu

Penduduk ‘berkampung’ di rumah saudara bimbang dilanda bah lagi

kerana bimbang sekiranya berlaku banjir lagi. Ketika banjir minggu lalu, rumah ditenggela­mi air sedalam satu meter,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, persiapan banjir dilakukan setiap tahun dengan meletakkan barangan penting dan perabot di tempat tinggi selain di rumah pusaka mentua.

“Saya dan anak-anak bergotong-royong setiap kali banjir. Almari dan sofa kami pindahkan ke rumah pusaka mentua di sebelah rumah ini manakala barang lain di tempat tinggi,” katanya yang memberitah­u suaminya, Nasir Abdullah,

52, bekerja di Johor.

Suri rumah itu berkata, ahli keluarga banyak membantu mereka sepanjang bencana memandangk­an suami tiada di rumah.

Pengusaha ikan sangkar berjaga-jaga biarpun banjir reda

 ?? Nur Azlina ?? MOHD Ramadhan mengikat sangkarnya sebagai langkah persediaan menghadapi banjir
di Kampung Jerantut Feri.
Nur Azlina MOHD Ramadhan mengikat sangkarnya sebagai langkah persediaan menghadapi banjir di Kampung Jerantut Feri.
 ??  ?? Saya dan anak-anak bergotong-royong setiap kali banjir. Almari dan sofa kami pindahkan ke rumah pusaka mentua di sebelah rumah ini manakala barang lain di tempat tinggi”
Saya dan anak-anak bergotong-royong setiap kali banjir. Almari dan sofa kami pindahkan ke rumah pusaka mentua di sebelah rumah ini manakala barang lain di tempat tinggi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia