Harian Metro

Lagi lumayan...

- Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

 Nelayan cekalkan hati turun ke laut ketika musim tengkujuh

Sedar tengkujuh bukan musim terbaik untuk ke laut, namun nelayan pesisir pantai Kuala Sabak yang cekal hati tetap meneruskan rutin itu demi mencari sesuap nasi.

Antaranya, Nik Ruzullaili Nik Yusof, 38, yang mengakui masih turun ke laut untuk menangkap ikan kerana ia menjadi sumber pendapatan utama keluarga.

“Memang kebanyakan nelayan tidak berani turun ke laut musim ini, tak nak ambil risiko, namun saya tetap cekalkan hati kerana hanya ini sumber rezeki menyara keluarga.

“Lagipun, pada musim ini hasil laut yang diperoleh lebih lumayan. Jika bernasib baik, saya boleh naikkan sehingga 50 kilogram (kg) ikan sehari daripada jenis ebek, tenggiri dan cencaru.

“Saya tidak turun seorang diri sebaliknya bersama empat lagi rakan lain dan kami keluar mulai jam 7 pagi hingga 3 petang saja,” katanya ketika ditemui di Kampung Tanjung Kuala Sabak, di sini.

Menurutnya, dalam seminggu, dia ke laut tiga atau empat kali saja bergantung kepada cuaca dan amaran yang dikeluarka­n pihak berkuasa.

Nik Ruzullaili berkata, maklumat Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Met Malaysia) sangat penting untuk diambil kira demi keselamata­n mereka ketika di laut.

Nelayan Ramli Umar, 54, berkata, hanya mereka yang mempunyai keberanian dan hati yang cekal mampu mengharung­i lautan untuk menangkap ikan.

“Sejak musim tengkujuh bermula, sudah tiga minggu saya tidak turun ke laut kerana enggan mengambil risiko selain tidak mahu berlaku perkara yang tidak diingini.

“Kini perbelanja­an harian hanya mengharapk­an wang yang diberi oleh anak kerana sebelum ini sumber pendapatan saya melalui pekerjaan sebagai awak-awak,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Komuniti Nelayan Sabak Mohd Faizal Rashid berkata, alat telekomuni­kasi seperti walkie talkie akan dibekalkan kepada nelayan yang ke laut ketika musim tengkujuh bagi memudahkan perhubunga­n.

Katanya, daripada 98 bot nelayan yang ada di Tanjung Kuala Sabak, hanya tiga atau empat bot yang keluar dari muara untuk mencari rezeki.

“Bagi yang tidak turun ke laut, mereka hanya bergantung kepada bantuan bulanan sara hidup nelayan yang diberikan oleh kerajaan sebanyak RM300 sebulan.

“Selalunya nelayan ke laut semula sekitar Mac apabila tengkujuh berakhir,” katanya.

 ??  ?? MOHD Shukri menunjukka­n ikan yang ditangkap.
MOHD Shukri menunjukka­n ikan yang ditangkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia