Harian Metro

Nelayan hati kering tempuh ombak besar

-

“Tambahan pula ketika musim ombak besar banyak ikan terutama jenis yang bermain di celah batu karang contohnya kerapu.

“Bagaimanap­un bukan dalam semua keadaan kami redah. Sekiranya ramalan cuaca menjangkak­an ombak lebih tiga meter atau angin terlalu kuat, kami tidak turun ke laut,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Shukri yang lebih mesra disapa Zargus berkata, dia pernah menempuh ombak setinggi 2.8 meter tahun lalu menyebabka­n bot gentian kaca dinaiki terjongket lebih 45 darjah.

“Biasanya kami turun jam 6.30 pagi dan pulang tengah hari, bergantung kepada sasaran atau jenis tangkapan,” katanya.

Mengenai keselamata­n, Mohd Shukri biasanya melihat laporan keadaan cuaca terlebih dulu selain memastikan anak buahnya memakai jaket keselamata­n sepanjang perjalanan.

“Kami juga mempunyai kemahiran berkaitan laut antaranya berenang dan menyelam,” katanya yang berkecimpu­ng dalam bidang itu secara serius sejak tujuh tahun lalu.

Menurutnya, selain menjadi nelayan, dia juga kontraktor selain menggemari aktiviti menyelam serta meluncur ombak.

“Nelayan pekerjaan kedua saya selepas kontraktor dan biasanya saya turun ke laut sekiranya tiada projek yang perlu disiapkan di darat.

“Saya juga aktif menyelam dan sering dipanggil dalam operasi menyelamat sekiranya ada kes nelayan hilang di laut.

“Pendek kata, laut memang sudah sebati dengan hidup saya, malah jika diikutkan, sejak darjah empat saya dah ikut atuk ke laut,” katanya.

Katanya, dia sudi mengajar sekiranya ada yang ingin mencuba aktiviti menangkap ikan ketika laut bergelora.

 ??  ?? MOHD Shukri (tengah) membawa bot untuk mencari ikan.
MOHD Shukri (tengah) membawa bot untuk mencari ikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia