Harian Metro

DIJEL TIKAM PEMANDU BAS

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my Muhammad Mustakim Ramli am@hmetro.com.my

Banduan yang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan merogol mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan merogol dan meliwat remaja bawah umur, dua tahun lalu.

Tertuduh, Engku Muhammad Ajwad Engku Adnan, 22, dari Sungai Tong, Setiu, mengangguk faham sebelum mohon dibicaraka­n ketika pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol dan Seksyen 377B KK kerana melakukan persetubuh­an yang bertentang­an dengan aturan tabii dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 14 tahun di rumah sebuah kampung di Setiu, jam 3 pagi pada 15 Mac 2015.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa dengan sengaja melakukan persetubuh­an luar tabii dengan meliwat mangsa sama di lokasi sama, jam 6

Kangar

Seorang peniaga dipenjara lima hari dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas didapati bersalah menikam seorang pemandu bas yang secara tidak sengaja meninggalk­annya di Alor Setar, Kedah, bulan lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Shamshol Azwa Martadza selepas tertuduh, Kong Yeow How, 42, mengaku bersalah.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan itu juga boleh dipenjara selama lapan bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Kaki Bukit, di sini, dengan sengaja menyebabka­n kecederaan ke atas Mohd Fakhri Yahya, 33, menggunaka­n pisau di

Stesen Bas Kangar, di sini, pada jam 11.02 pagi, 16 November lalu.

Prosiding kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farhan Aliff Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Asmaniza Abdullah.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang pemandu bas yang tertinggal penumpang di dalam tandas di Alor Setar cedera ditikam dalam kejadian di Stesen Bas Kangar.

Dalam kejadian itu, mangsa menerima tiga jahitan selepas ditikam di belakang badan dengan pisau oleh penumpang yang secara tidak sengaja ditinggalk­annya di Stesen Bas Shahab Perdana, Alor Setar.

Bagaimanap­un pada Isnin lalu, suspek berjaya ditahan di rumah ibu bapanya di Kaki Bukit selepas lebih dua minggu menyembuny­ikan diri.

 ??  ?? ENGKU Muhammad dikenakan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. KONG dipenjara lima hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kangar, semalam.
ENGKU Muhammad dikenakan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. KONG dipenjara lima hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kangar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia