Harian Metro

Rasulullah ubah akhlak bangsa Arab

- Bersama Tan Sri Dr Abdullah Muhammad Zin Penulis ialah Penasihat Agama kepada Perdana Menteri

Penyempurn­aan akhlak mulia adalah antara tujuan pengutusan Rasululah SAW. Sejarah merakamkan kehadiran sekumpulan manusia yang mampu untuk maju sekalipun pada awalnya menjadi terkebelak­ang, tidak dikenali, mundur, berpecah dan tidak mempunyai hala tuju kehidupan.

Kumpulan itu kemudian berubah sikap dan pendirian apabila menerima kerasulan seorang pemuda sebagai pembawa risalah kenabian dan teladan dalam setiap aspek kehidupan.

Setelah beriman dan menjadikan baginda SAW sebagai pemimpin, mereka muncul sebagai bangsa yang disegani dan dihormati kawan serta lawan berbanding sebelumnya.

Mereka ialah masyarakat Arab jahiliah. Allah SWT berfirman bermaksud: “Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf (al-ummiyyin) seorang Rasul (Muhammad) di antara mereka yang membacakan ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarka­n mereka kitab dan hikmah. Sesungguhn­ya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata. (Surah al- Araf, ayat 157)

Lantas, sunah yang ditunjukka­n baginda mesti difahami, dihayati dan diaplikasi­kan sebagai nilai kehidupan. Sunah merakamkan nilai yang baik dalam kehidupan.

Dalam sahih al-Bukhari, meriwayatk­an Abu Sufian dipanggil menghadap Raja Heraklius yang bertanya apakah ajaran dibawa baginda SAW.

Walaupun ketika itu Abu Sufian masih belum memeluk Islam, beliau menjelaska­n ajaran baginda adalah perintah mengerjaka­n solat, jujur, menjaga kehormatan diri, menepati janji dan menunaikan amanah.

Di akhir hadis itu, Raja Heraklius memperakui nilai yang dinyatakan Abu Sufian itu adalah sifat seorang nabi yang hakiki.

Bermula turunnya wahyu pertama Surah al-A’laq, ayat 1 hingga 5, Rasulullah SAW membina sebuah masyarakat berilmu. Tradisi keilmuan pasca kenabian diwarisi Khulafa’ al-Rasyidin hinggalah pemerintah­an Bani Umayyah dan Abasiyyah.

Umat Islam berada di kemuncak ilmu pengetahua­n, seterusnya mencipta sejarah ketamaduna­n tinggi melalui penguasaan ke atas Andalusia dan kecemerlan­gan saintis Islam di timur, berpusat di Baghdad.

Ia berterusan hingga zaman pemerintah­an Islam berakhir selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyya­h pada 1924. Kegemilang­an tamadun Islam membantu mewujudkan tamadun Barat yang dianggap tamadun paling maju hari ini.

Hakikatnya, berlaku proses pemindahan ilmu dan teknologi daripada tamadun Islam ke tamadun Barat. Pada waktu itu, masyarakat Eropah masih dalam era kegelapan, mundur dan berada pada tahap paling rendah dari sudut ilmu dan pengetahua­n.

Pemerintah­an Barat dikuasai golongan barbarian yang biadab dan tidak bertamadun, malah dalam keadaan jahil. Madinah memberi perlindung­an kepada semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa mahupun warna kulit.

Keharmonia­n kaum dan toleransi dipraktikk­an dengan sempurna diteruskan pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin. Dasar itu diteruskan pada zaman penguasaan Islam dalam wilayah Syam seperti Baitulmaqd­is berdasarka­n jaminan Saidina Umar al-Khattab kepada penduduk Islam dan bukan Islam ketika itu.

Begitu juga ketika menguasai wilayah di Barat seperti Andalusia. Kebebasan diberikan kepada semua oleh pemerintah Islam ketika itu.

Rasulullah SAW menjalani tarbiah rohani yang membentuk kekuatan peribadi seperti dinyatakan di dalam surah al-Muzzammil ayat 1 hingga 8, iaitu solat malam (qiamullail) walaupun sedikit di samping membaca al-Quran dengan tertib dan berzikir.

Hari ini, dunia Barat turut menamakan Rasulullah SAW sebagai tokoh ulung di muka bumi ini. Antaranya adalah Micheal H Hart menerusi buku The 100: A Ranking Of The Most Influentia­l Persons In History.

Beliau menamakan baginda sebagai tokoh yang menduduki tempat pertama dalam senarai manusia paling berpengaru­h di dunia.

Kemudian, G W Choudhury di dalam The Prophet Muhammad: His Life and Eternal Message menyatakan, Nabi Muhammad SAW bukan hanya seorang pemimpin spiritual bahkan negarawan dan pentadbir yang berjaya.

W M Watt menerusi Prophet and Stateman menyatakan, baginda SAW dalam konteks pembawa perubahan (reformer) menghasilk­an revolusi yang signifikan dalam cara hidup dan pemikiran masyarakat Arab.

Beliau turut menyenarai­kan tiga kualiti kehebatan Baginda SAW yang menyebabka­n Islam tersebar ke seluruh dunia iaitu mampu melihat jauh ke masa hadapan, kebijaksan­aan sebagai negarawan dan kemahiran sebagai pentadbir serta kebijaksan­aan memilih pemimpin pelapis untuk melakukan kerja pentadbira­n.

Rasulullah SAW memiliki karakter unggul seorang rasul, pemimpin keluarga, masyarakat dan negarawan. Baginda memaparkan Islam yang tidak melampau, keterlalua­n, militan dan bukan ekstrem liberal.

Agama memainkan peranan membentuk tamadun dari sudut dalaman dan luaran berbanding tamadun yang berbentuk material tanpa campur tangan agama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia