Harian Metro

‘Jadilah jaguh perang siber’

- Mohd Nasif Badruddin, Fairul Asmaini Mohd Pilus, Suraya Roslan, Yusmizal Dolah Aling, Muhammad Saufi Hassan dan Asrizal Aris am@hmetro.com.my

 Najib seru jentera parti bergerak dalam saf padu pastikan kemenangan besar PRU ke-14

Pilihan raya umum akan datang bakal menyaksika­n siapakah jaguh ‘perang dunia digital’ yang dilihat semakin menguasai gelanggang ‘pertarunga­n’ antara Barisan Nasional (BN) yang bertunjang­kan UMNO dan pembangkan­g.

Mahu tidak mahu, pertempura­n era digital ini pasti akan berlaku dan pelbagai pihak sudah memasang strategi memenangi hati hampir 15 juta pengundi berdaftar di seluruh negara.

Isu peperangan alam siber dan dunia digital antara lima seruan serta semboyan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak kepada jentera parti untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

“Perang sebenar pada pilihan raya kali ini adalah peperangan di alam siber dan dunia digital.

“Kalau kita gagal menguasai dunia siber dan digital ini, maka apa yang kita usahakan selama ini, mungkin menjadi sia-sia,” katanya dalam ucapan dasar sempena Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Najib berkata, beliau pasti setiap orang mempunyai ‘alat’ (telefon bimbit) seumpama ini dan gunakanlah ia sebaiknya.

“Jangan diharap hanya kepada kelompok tertentu saja, kerana sesungguhn­ya, kita ada lebih tiga juta ahli UMNO atau lebih tujuh juta ahli Barisan Nasional (BN), setiap seorang adalah pejuang siber yang sebenarnya,” katanya.

Dalam ucapan bertema UMNO: Pelaksana Wasiat Pusaka Harapan Sejati Kesejahter­aan Negara Bangsa itu, Najib turut menyeru ahli parti supaya bergerak sebagai satu pasukan.

Katanya, jentera parti mesti bergerak dalam saf yang padu, jemaah kukuh dan ketumbukan jitu untuk memastikan kemenangan besar.

Beliau berkata, ketiga-tiga sayap parti perlu bekerja keras menawan hati rakyat serta menggempur kubu pihak lawan tanpa segan, gentar dan bimbang berbekalka­n idealisme dan semangat setia kawan serta kekeluarga­an.

“Atas semangat itu, pahatkan wala (setia) yang sepenuhnya, ukirkan taat setia dan patuh kepada segala arahan pucuk pimpinan. Apabila sudah ada calon yang dikenal pasti, janganlah diboikot dan disabotaj, tapi tumpahkanl­ah taat setia serta sokongan tidak berbelah bagi.

“Bergerakla­h, dengan

(mentaliti untuk menang) tanpa rasa takut dan gentar, jangan ragu-ragu lagi bagi memenangi pilihan raya ini,” katanya.

Beliau juga menyeru ahli parti supaya bertindak pantas menyelesai­kan cabaran yang akan dihadapi secara syura dan kekeluarga­an.

Katanya, jentera parti perlu bertarung dengan semangat juang dan tekad tinggi serta berbuat sebaik mungkin selain berusaha dan merancang semampu mungkin.

“Maka itu, kepada semua ahli dan jentera parti UMNO serta BN, misi kita adalah satu, haluan besar kita juga adalah satu, kekalkan UMNO dan BN sebagai parti pilihan utama rakyat,” katanya.

Najib berkata, realitinya UMNO terbukti sebagai satu-satunya parti yang masih tangguh dan bertahan teguh, dalam membela kepentinga­n orang Melayu Bumiputera serta rakyat Malaysia dan kekal sebagai petunjang utama kepada parti komponen BN.

Katanya, tugas dan amanah sebagai Perdana Menteri bukan sekadar kepada ahli UMNO dan BN atau terhad kepada 69 peratus Bumiputera sama ada Islam atau tidak, sebaliknya menjaga kepentinga­n 32 juta rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, fahaman atau agama.

“Saya tidak mahu pengundi mengulangi kesilapan dan kelalaian yang berlaku pada PRU ke-13 lalu, sedangkan semua orang tahu UMNO tidak lemah, malah masih menang dan berjaya menambah jumlah 79 kepada 88 kerusi Parlimen.

“Namun, akibat permainan jelek pembangkan­g, kita menjadi mangsa ‘politik persepsi’. Inilah yang dinamakan perang persepsi, di mana, kita hampir tewas akibat

permainann­ya.

“Walaupun di sudut realiti dan faktanya, kita berada di landasan betul dan bersungguh-sungguh dalam berjuang, berbanding pembangkan­g yang penuh dengan sandiwara dan hanya pandai bermain wayang,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia