Harian Metro

Jumlah ahli UMNO meningkat kepada 3,644,295

-

Jumlah ahli UMNO kini meningkat kepada 3,644,295 orang yang membabitka­n 21,851 cawangan di seluruh negara.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, dalam keadaan UMNO diserang oleh pelbagai pihak, keahlian UMNO terus meningkat dan ia membuktika­n bahawa parti itu sentiasa mendapat sokongan.

Beliau berkata, Sabah mencatat jumlah ahli tertinggi dengan Bahagian Silam mewakili ahli teramai sementara Kampung Batu Putih Darat, Libaran adalah cawangan yang mencatat jumlah ahli tertinggi.

“Walaupun UMNO diasak dengan pelbagai tohmahan serta berdepan dengan pelbagai cabaran, syukur Alhamdulil­lah kerana parti ini terus menerajui kecemerlan­gan.

“Bukan saja dalam pembanguna­n dan kemajuan negara, malah aspek hubungan baik jalinan dua hala dengan parti politik serantau dan di peringkat antarabang­sa.

“Selain itu, perhimpuna­n kali ini turut mendapat tumpuan apabila 95 delegasi luar negara mewakili 20 parti dari 16 negara turut mengesahka­n kehadiran,” katanya ketika membacakan laporan UMNO sebelum memulakan persidanga­n Perhimpuna­n Agung UMNO 2017, di Dewan Merdeka, semalam.

Menurut Tengku Adnan, perhimpuna­n itu menjadi bukti bahawa UMNO adalah parti yang mempunyai struktur mantap, organisasi tersusun, ada

Perlembaga­an, peraturan serta patuh kepada undang-undang dan menepati kehendak Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia