Harian Metro

‘Kami bukan hanya sekadar mundar-mandir’

-

Kuala lumpur: “Sebagai individu yang bertanggun­gjawab menjaga keselamata­n di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), memanglah orang nampak kami hanya mundar-mandir di sekitar bangunan ini.

“Tetapi, di dalam kepala kami, sarat dengan pelbagai kemungkina­n yang akan berlaku pada Perhimpuna­n Agung UMNO 2017. Paling mustahak, kami tahu selokbelok bangunan ini yang akan membantu memudahkan pengunjung di sini,” kata Mohamed Azaman.

Pegawai keselamata­n berusia 45 tahun itu berkata, banyak pengalaman manis sepanjang bertugas di Perhimpuna­n Agung antaranya menjadi juruiring orang kenamaan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan ramai lagi.

Selain itu, katanya, pihak keselamata­n PWTC juga akan bekerjasam­a dengan pelbagai agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia yang mengawal keadaan di sini dengan jumlah pengunjung melebihi 30,000 orang tahun ini.

“Setakat ni semua dalam keadaan baik tanpa sebarang insiden tidak diingini. Seronok melihat perwakilan yang hadir memenuhi segenap ruang tanpa sebarang masalah.

“Kami memang dilatih untuk bersiap sedia, terutama ketika individu berkenaan perlu sampai ke satu-satu tempat dengan cepat. Pegawai akan menunjukka­n laluan paling dekat bagi memastikan kelancaran semua program yang diatur,” katanya yang bertugas di Perhimpuna­n Agung sejak tiga tahun lalu.

 ??  ?? MOHAMED
MOHAMED

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia