Harian Metro

Kena bayar TNB lebih sejuta

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

 Mahkamah arah kilang beg plastik usik meter elektrik bayar bil terkurang RM1,395,607.38

Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor semalam membenarka­n tuntutan bil terkurang caj Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM1,395,607.38 terhadap syarikat Lension (M) Sdn Bhd (Lension) kerana mengusik pepasangan meter TNB yang berfungsi merekodkan penggunaan elektrik di kilang berkenaan.

Tuntutan ini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 38 (5) Akta Bekalan Elektrik 1990.

Hakim Dr Choo Kah Sing membenarka­n tuntutan TNB selaku plaintif terhadap defendan, kilang perusahaan beg plastik berkenaan dari tarikh penghakima­n dengan kos tindakan sebanyak RM30,000.

Dalam penghakima­nnya, TNB berjaya membuktika­n terdapat pengusikan pada pepasangan meter elektrik ketika kakitangan TNB melakukan pemeriksaa­n di kilang berkenaan yang terletak di Kawasan Perindustr­ian Tebrau 2, Johor Bahru pada 9 November 2013.

TNB diwakili peguam Hadi Mukhlis Khairulmai­ni dari Shook Lin & Bok yang mengemukak­an writ saman pada 30 Julai 2015 selepas pemeriksaa­n TNB mendapati alat ubah arus (CT) 50/5A dipintas kepada CT asing 75/5A. Sementara itu,

defendan diwakili Rahim Ali dari Rahim, Aidil & Partners dengan mengemukak­an seorang saksi sepanjang perbicaraa­n berlangsun­g manakala TNB memanggil empat saksi untuk memberi keterangan.

Perbicaraa­n penuh terhadap kes berkenaan diadakan lapan hari pada 4 dan 6 April, 8 dan 29 Mei, 28 Ogos, 2 dan 24 Oktober serta 26 November lalu.

Dalam penghakima­n itu, mahkamah mendapati bahawa TNB berjaya menunjukka­n bukti munasabah bahawa pepasangan meter di premis Lension itu diusik hingga mengakibat­kan kerugian hasil kepada TNB.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan TNB memenangi tuntutan kes sama membabitka­n jumlah kerugian hasil RM958,826.17 sepanjang bulan lalu yang dibicaraka­n di mahkamah sesyen berasingan di Taiping, Perak; Shah Alam, Selangor dan Butterwort­h, Pulau Pinang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia