Harian Metro

Tunggu isteri tidur

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

 Lelaki perkosa adik ipar, ugut bunuh seluruh keluarga

Merayap cari mangsa ketika isteri nyenyak tidur. Itu tindakan seorang lelaki berusia 30-an yang memperkosa adik ipar sendiri di sebuah rumah di Kampung Seria Jaya 2, Setapak, di sini, sejak dua minggu lalu.

Lebih memalukan kejadian didakwa berlaku ketika mangsa berusia 14 tahun tidur di bilik sama dengan pasangan terbabit.

Sumber polis berkata, adik ipar suspek sering berkunjung ke rumah itu terutama ketika cuti sekolah kerana mahu membantu menjaga anak saudaranya yang masih kecil.

“Namun ketika mereka tidur bersama, suspek dikatakan sempat mengambil peluang memperkosa mangsa.

“Tindakan itu dianggap amat berani berikutan isteri suspek turut berada di bilik sama,” katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, suspek turut mengugut mangsa supaya tidak menceritak­an kejadian dialami kepada orang lain.

“Suspek memberitah­u akan membunuh seluruh ahli keluarga mangsa jika perbuatan itu diketahui orang lain menyebabka­n mangsa ketakutan. “Namun bimbang kejadian sama berulang, mangsa yang masih bersekolah menceritak­an perkara itu kepada kakaknya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani pemeriksaa­n sebelum laporan polis dibuat di pondok polis HKL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia