Harian Metro

Menari sambil melukis

- Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

 Gadis guna anggota badan termasuk tapak tangan, kaki hasil karya seni

Menari sambil melukis dengan mengikut rentak lagu. Malah, dia tidak menggunaka­n berus, sebaliknya hanya menggunaka­n anggota badan termasuk tapak tangan dan tapak kaki yang dicelup dengan cat untuk menghasilk­an karya seni di atas kanvas.

Itulah keunikan dimiliki Fara Hani Mahadi, 23, pelukis muda yang mula menempa nama dalam bidang seni eksperimen­tal di negeri ini.

Anak jati Kampung Buang Sayang, Papar yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Teknologi Seni Visual di Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu berkata, dia menggabung­kan seni tari dipelajari di universiti dengan gaya tari berdasarka­n kreativiti­nya sendiri.

Katanya, ia bagi menghasilk­an karya seni yang unik dan bersifat peribadi.

“Saya umpamakan setiap anggota badan saya seperti berus. Ia digunakan bagi mencorakka­n setiap karya seni,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Wanita berketurun­an Brunei ini boleh berbangga apabila dia mula diberi kepercayaa­n membuat persembaha­n di majlis keraian di negeri ini dan paling membanggak­an, dia antara segelintir wanita yang berani berkecimpu­ng dalam seni berkenaan.

Fara Hani yang juga anak keempat daripada lima beradik berkata, seni berkenaan adalah baru di negeri ini.

Sehubungan itu katanya, segelintir masyarakat masih tidak boleh menerima cabang seni berkenaan.

“Dengan berkain batik, saya cuba mengetenga­hkan elemen keberanian dan warisan tradisi nusantara bagi menyampaik­an maksud ritual atas tanah suci di negeri ini,” katanya.

Farah Hani berkata, melukis dengan pergerakan tarian eksperimen­tal ada kalanya memerlukan seseorang melompat dan berpusing-pusing.

Pada masa sama, dia perlu mengekalka­n keaslian budaya tempatan dengan menggunaka­n tiga warna asas dalam ritual alam Melayu iaitu merah (darah), kuning (dewata) dan hijau (alam).

Pelukis muda itu mengakui dia masih berlatih melukis dan menari sebagai senaman dan mengisi masa lapang setiap hari bagi meningkatk­an keyakinan dalam persembaha­n. Malah ada ketikanya, Fara Hani menggunaka­n alat muzik tradisiona­l seperti gambus dan kompang dalam persembaha­nnya.

“Saya masih membuat penambahba­ikan pergerakan dan ia bukanlah pergerakan yang tidak tentu arah kerana banyak teknik yang perlu dikuasai.

“Semua itu dilakukan dengan seluruh jiwa dan semangat saya,” katanya.

Farah Hani berkata, dia pernah terjatuh di lantai dalam satu persembaha­n, tetapi tidak menganggap pengalaman itu menjadi penghalang untuk terus berkarya.

Dalam pada itu, wanita ini turut mengakui bahawa dia pernah disisihkan ahli keluarga yang tidak memahami minatnya dalam seni berkenaan.

Namun, dia tidak menjadikan penghinaan dan perspektif negatif sesetengah pihak terhadap dirinya sebagai penghalang untuk berjaya.

“Saya masih ingat, ada rakan dan ahli keluarga yang mengejek dan mengasingk­an saya kerana penampilan saya yang mula berubah dan dianggap tidak releven pada masa kini.

“Saya sedar ibu, Therry Azie, 53, dan bapa , Mahadi Abd Malik, 58, tidak menyokong sepenuhnya tindakan saya untuk berkecimpu­ng dalam aktiviti seni.

“Tambahan pula, saya hanya bergantung pendapatan daripada lukisan mural untuk membeli peralatan dalam kerjaya melukis sambil menari ini,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, dia menjadikan kesukaran hidup sebagai motivasi untuk berdikari tanpa mengharapk­an orang lain.

Sekali gus, dia mahu membuktika­n bahawa dia juga mampu berjaya dengan memilih bidang seni berkenaan.

“Sekarang jika diingat kembali, saya tidak kisah dengan ejeken orang. Cukuplah saya tidak menganggu kehidupan orang lain,” katanya sambil menambah ada dia melukis pada anggota badan sambil bermain alat muzik.

 ??  ?? FARA Hani menunjukka­n pergerakan melukis dengan kostum kain batik dengan calitan cat sambil memainkan alat muzik tradisiona­l.
FARA Hani menunjukka­n pergerakan melukis dengan kostum kain batik dengan calitan cat sambil memainkan alat muzik tradisiona­l.
 ?? FOTO: EDMUND SAMUNTING ??
FOTO: EDMUND SAMUNTING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia