Harian Metro

AHLI PARLIMEN JELEBU MENINGGAL ‘Komited dengan kerjaya’

- Abnor Hamizam Abd Manap am@hmetro.com.my

“Arwah ayah sangat komited dengan kerjaya sebagai Ahli Parlimen selepas dipilih pada PRU (Pilihan Raya Umum) lalu.

“Malah, disebabkan tanggungja­wab diamanahka­n, kami sekeluarga pernah membatalka­n percutian kerana perlu menghadiri mesyuarat penting,” kata Mohamad Arif, 28, anak kepada Ahli Parlimen Jelebu Datuk Zainudin Ismail.

Zainudin, 58, meninggal dunia 7.30 malam kelmarin di kediamanny­a di Villa Puteri, Kuala Lumpur selepas menghidap kanser otak.

Mohamad Arif berkata, biarpun arwah ayah sentiasa sibuk sebagai ahli politik, namun tugas bersama keluarga tetap ditunaikan.

“Arwah pernah bercerita mengenai hasratnya mahu memajukan Jelebu sebagai daerah tumpuan. Semua dalam perancanga­n termasuk pembinaan jalan dari Kampung Chennah ke Pelangai, Bentong.

“Malah, arwah memang tegas dalam mendidik anak, tidak memanjakan kami tiga beradik namun penyayang,” katanya selepas pengebumia­n di Kampung Petaseh Hilir, semalam.

Katanya, dia bersedih atas kehilangan ayah dan ketua keluarga yang sangat komited dalam memastikan keluarga sentiasa dalam keadaan baik.

“Kesempatan ini, saya berterima kasih kepada rakan arwah baik dalam mahupun luar politik yang sebelum ini banyak memberi sokongan ketika arwah bertarung melawan penyakitny­a sejak lebih setahun lalu,” katanya.

Allahyarha­m meninggalk­an isteri Datin Ruziah Yaacob, 55, serta tiga anak iaitu Liyana, 32, dan Lily, 24, dan Mohamad Arif.

 ??  ?? RUZIAH
RUZIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia