Harian Metro

‘Dipinjam’ selama 55 hari

- Faliq Lajim hmetroshah­alam@hmetro.com.my

 Keluarga reda pemergian bayi maut hidung berdarah ketika tidur

“Walaupun tidak tahu punca sebenar kematianny­a, kami sekeluarga reda dengan hanya sempat ‘dipinjamka­n’ Allah selama 55 hari,” kata Mohd Shazwan Mohd Yusoff, 34.

Anaknya, Muhammad Rais Hafiy Mohd Shazwan meninggal dunia selepas hidungnya berdarah ketika tidur di sebuah taska di Seksyen 7 di sini, Selasa lalu.

Mohd Shazwan berkata, ketika kejadian dia dan isterinya baru pulang dari tempat kerja dan mahu mengambil dua lagi anak mereka iaitu Muhammad Raziq Hanan, 3, dan Muhammad Rais Hafiy, kira-kira jam 6 petang.

“Melihat hidung Rais berdarah ketika tidur dan tidak sedarkan diri, kami segera membawanya ke hospital untuk pemeriksaa­n lanjut. Namun, Allah lebih menyayangi­nya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia sekeluarga masih terkejut kerana bayi itu baru sehari dihantar ke pusat jagaan berkenaan.

“Pada malam kejadian, isteri (Nurul Ashikin Ahmad Rithauddin, 29) hanya tidur sejam berikutan terlalu bimbang dan berasa tidak sedap hati untuk menghantar Rais ke taska.

“Namun, isteri perlu berada di pejabat berikutan menguruska­n kerja yang tertanggun­g ketika cuti berpantang sebelum ini,” katanya.

Kata Mohd Shazwan, dia tidak menyalahka­n taska itu berikutan laporan bedah siasat menunjukka­n tiada kesan lebam atau kecederaan.

“Bagaimanap­un, kami perlu menunggu keputusan sampel hasil ujian yang sudah dihantar ke makmal untuk mengenalpa­sti punca kematian.

“Doktor memaklumka­n ia akan diperoleh dalam tempoh sebulan dan kami kini tidak boleh menuding jari kepada sesiapa,” katanya.

Jenazah Allahyarha­m disembahya­ngkan selepas Zuhur di Masjid Ar-Rayyan, Seksyen 7 sebelum dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat mengesahka­n kejadian dan berkata siasatan masih dijalankan pihaknya.

 ??  ?? JENAZAH Muhammad Rais Hafiy (gambar kecil) dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.
JENAZAH Muhammad Rais Hafiy (gambar kecil) dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.
 ?? Mohd Shazwan Mohd Yusoff ?? Kami perlu menunggu keputusan sampel hasil ujian yang sudah dihantar ke makmal untuk mengenalpa­sti punca kematian”
Mohd Shazwan Mohd Yusoff Kami perlu menunggu keputusan sampel hasil ujian yang sudah dihantar ke makmal untuk mengenalpa­sti punca kematian”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia