Harian Metro

Tangkap seekor tikus dapat RM3

-

Proaktif dalam meningkatk­an keberkesan­an kawalan populasi tikus, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menawarkan ganjaran RM3 kepada orang ramai yang menangkap tikus menerusi kempen Pengawalan Tikus 2017, baru-baru ini.

Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata, kempen itu langkah proaktif MBPJ mengurangk­an populasi tikus berikutan peningkata­n aduan dan kes di Malaysia.

“Menerusi kempen ini, orang ramai yang menangkap tikus di sekitar Petaling Jaya akan dibayar RM3 bagi seekor tikus.

“Selain memberi ganjaran kepada mereka, kita juga mahu meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai bahaya penyakit berjangkit yang dibawa oleh tikus, di samping membantu penduduk dan pemilik kedai dalam memastikan premis mereka sentiasa bersih,” katanya.

Beliau berkata, bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu, Unit Kawalan Vektor, Jabatan Perkhidmat­an Kesihatan dan Persekitar­an MBPJ menangkap dan menghapusk­an 1,587 ekor tikus di kawasan Petaling Jaya.

“Pada masa sama, 220 premis perniagaan di kawasan komersial serta bangunan kerajaan terdiri daripada institusi pendidikan, gerai dan pasar juga diarah untuk melakukan kerja kawalan tikus ini.

“Sebagai langkah mengawal pembiakan haiwan perosak ini, MBPJ turut mengedar 200 perangkap tikus kepada peniaga di zon perniagaan SS2, Petaling Jaya serta meletakkan racun tikus ke dalam lubang laluan tikus dan kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakann­ya,” katanya. Gelombang Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0) dijangka mewujudkan lebih 1.5 juta peluang pekerjaan di negara ini menjelang 2030.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot

Jaem berkata, kerajaan turut menyasarka­n 35 peratus tenaga kerja berkemahir­an tinggi daripada jumlah keseluruha­n tenaga kerja yang diperlukan itu.

“Revolusi 4.0 itu tidak akan mengurangk­an jumlah pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

‘Memang akan wujud banyak penggunaan automasi namun ia mewujudkan pelbagai cabang perniagaan yang memerlukan lebih ramai pekerja berkemahir­an tinggi.

“Oleh itu, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) penting bagi keperluan industri berkenaan yang memastikan negara berada pada landasan tepat mencapai status negara maju,” katanya selepas majlis Graduasi Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 di Pusat Kecemerlan­gan PROTON di sini, semalam.

Menurut Richard, negara ini masih ketinggala­n berbanding negara serantau yang sudah mula bergerak kepada kilang pintar menerusi teknologi digital, robotik dan automasi.

“Kita mungkin ketinggala­n berbanding Singapura, namun jangan terkejut jika dengan Thailand dan Vietnam juga kita tertinggal. Banyak sektor yang kita masih menggunaka­n peralatan manual dan cara lama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia