Harian Metro

Terkecil di dunia

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Kira-kira enam juta rakyat Malaysia dianggarka­n menghidap Sindrom Tidur Berapnea atau Obstructiv­e Sleep Apnoea (OSA) dan hampir dua juta daripada jumlah itu memerlukan rawatan intensif.

Kaedah paling berkesan untuk rawatan OSA adalah menggunaka­n mesin Continuous Positive Airway Pressure (CPAP), namun kebanyakan mesin CPAP ini bersaiz besar, berat dan sukar dibawa serta dikendalik­an terutama bagi pesakit yang kerap mengembara.

Justeru, bagi memudahkan pesakit OSA, Jabatan Otorinolar­ingologi (ENT) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) menerusi Pakar Bedah Kanan ENT, Prof Datuk Dr Abdullah Sani Mohamed dengan kerjasama EASMED Sdn Bhd melancarka­n Mesin AirMini CPAP terkecil di dunia peringkat kebangsaan, di sini, semalam.

Menurut Dr Abdullah, OSA adalah penyakit di mana pesakit gagal bernafas semasa tidur kerana ketika itu saluran pernafasan akan sempit dan hal ini secara tidak langsung menyukarka­n si pesakit untuk memperoleh tidur yang lena.

“Biasanya, penyakit ini boleh dirawat menerusi pembedahan tetapi jika ia tidak dapat diatasi dengan pembedahan, penggunaan mesin CPAP adalah jalan penyelesai­annya. Tetapi ia perlu digunakan selamanya.

“Perkara ini pastinya menyukarka­n pesakit terutama apabila mereka perlu tidur di tempat lain atas sebab bercuti, mengembara, atau urusan kerja di luar. Jadi, dengan adanya Mesin AirMini CPAP terkecil di dunia ini, pesakit boleh membawanya ke mana saja dan boleh tidur dengan lena.

“Ia sekali gus membuatkan mereka lebih produktif, tidak mengantuk di siang hari dan ceria,” katanya.

Pelancaran Mesin AirMini CPAP ini disempurna­kan Timbalan Dekan (Siswazah dan Perhubunga­n Antarabang­sa) Prof Dr Ahmad Nazrun Shuid.

Turut hadir, Pengurus Pemasaran Segmen - Saluran Profesiona­l Baru Asia ResMed (Malaysia) Sdn Bhd Dylan Tan, Pengarah Easmed Sdn Bhd Erwin Kua dan Timbalan Pengurus Unit Perniagaan Bahagian Tidur Chew Han Teak.

 Jabatan ENT PPUKM, EASMED lancar Mesin AirMini CPAP

 ??  ?? DR Abdullah Sani (kanan) mendengar penerangan mengenai
mesin CPAP terkecil di dunia.
DR Abdullah Sani (kanan) mendengar penerangan mengenai mesin CPAP terkecil di dunia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia