Harian Metro

Nikmati diskaun 40 peratus dengan kad keahlian eksklusif PKOB

-

Anggota Polis bakal menikmati diskaun pembelian barangan keperluan mencecah 40 peratus menerusi pemberian kad keahlian eksklusif Persatuan Orang Kota Bharu (PKOB).

Ini sekali gus dapat mengurangk­an bebanan mereka dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Buat permulaan, kad ekslusif berkenaan dinikmati lebih 1,000 pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya sebelum diperluask­an lagi ke kawasan lain.

Presiden PKOB Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, kad berkenaan akan diperluask­an lagi kepada isteri pegawai atau anggota polis pada masa akan datang bagi meringanka­n bebanan mereka yang berhadapan kenaikan harga barangan.

“Pemberian kad eksklusif ini adalah sebagai tanda penghargaa­n kepada polis yang sentiasa komited memastikan keselamata­n dan keamanan orang awam terjamin.

“Buat permulaan, kami menyerahka­n kad kepada semua pegawai dan anggota IPD Ampang Jaya sebelum diperluask­an ke daerah lain,” katanya pada Majlis Penyerahan Kad Keahlian ekslusif PKOB kepada IPD Ampang Jaya, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pencegahan Dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Selangor Senior Asisten Komisioner K. Kumaran berkata, orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seharusnya berganding bahu bersama polis dalam memerangi jenayah seterusnya memastikan keadaan sentiasa aman.

“Kebanyakan pegawai dan anggota polis di kawasan bandar turut terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi dan berharap dengan pemberian kad berkenaan dapat meringanka­n bebanan mereka.

“Kerjasama yang ditunjukka­n ini membuktika­n polis dan masyarakat perlu menjalinka­n hubungan erat dalam menyalurka­n maklumat jenayah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia