Harian Metro

Didakwa pandu melulu

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

Pemandu bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 294.7, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampira­n Gopeng, dekat sini, yang membabitka­n kematian seorang penumpang didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

N Shasi Kumar, 41, didakwa memandu secara melulu hingga mengakibat­kan seorang penumpang wanita, Chan Kwai Fah, 43, meninggal dunia dalam kemalangan jam 5.45 pagi, kelmarin.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Pindaan 1999) yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000.

Tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Nurafiqah Abd Aziz bagaimanap­un mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dan minta dibicaraka­n.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Oon Kork Chern di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.

Pihak pendakwaan meminta mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh dan lesen memandunya diserah kepada mahkamah.

Shasi Kumar kemudian merayu diberikan jaminan minimum kerana perlu menanggung empat anak berusia 12, 10, lapan dan setahun manakala isterinya hanya suri rumah.

Majistret membenarka­n terkan tuduh dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta lesennya diserah kepada mahkamah hingga kes selesai dan kes ditetapkan bagi sebutan semula pada 28 Disember ini.

Harian Metro semalam melaporkan seorang penumpang bas maut manakala 13 cedera dalam kemalangan membabit-

 Drebar bas ekspres nafi sebabkan kematian penumpang

bas dan dua lori di Kilometer 294.7, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampira­n Gopeng.

Mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang di bahagian tingkat atas bas terbabit meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh ketika menerima rawatan.

 ??  ?? SHASI dibawa ke Mahkamah Majistret Kampar, semalam.
SHASI dibawa ke Mahkamah Majistret Kampar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia