Harian Metro

Bagus akademik, bagus moral

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

 PADU fokus pembanguna­n insan murid seluruh negara bagi atasi masalah buli, gengsteris­me

Unit Prestasi dan Pelaksanaa­n Pendidikan (PADU) di bawah Kementeria­n Pendidikan akan memfokuska­n kepada pelaksanaa­n inisiatif pembanguna­n insan, nilai dan sahsiah murid di seluruh negara tahun depan sebagai satu daripada usaha menangani masalah dan isu sosial dalam kalangan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Khadijah Abdullah berkata, pihaknya sudah berbincang lanjut mengenai pelaksanaa­n inisiatif berkenaan dengan beberapa bahagian di kementeria­n, badan bukan kerajaan (NGO) dan guru.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menganjurk­an bengkel khusus akhir bulan ini membabitka­n penyertaan guru, murid, NGO dan warga kementeria­n bagi membincang­kan masalah serta isu sosial yang berlaku di sekolah buat masa ini termasuk kes buli dan gengsteris­me.

“Hasil perbincang­an di bengkel berkenaan akan dibentangk­an kepada kementeria­n awal tahun depan termasuk rangkaian aktiviti berkaitan yang boleh dilaksanak­an untuk mengatasi masalah berkenaan.

“Kami tidak mahu murid berjaya dalam akademik saja sebaliknya mahu mereka mempunyai nilai dan sahsiah diri yang dikehendak­i kementeria­n,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, inisiatif pembanguna­n insan, nilai dan sahsiah itu adalah sebahagian usaha kementeria­n untuk melihat kemenjadia­n murid secara keseluruha­nnya dan bukan hanya melahirkan murid cemerlang dari segi akademik semata-mata.

Dalam pada itu, Khadijah berkata, sebanyak 20 inisiatif utama Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) dilaksanak­an sepanjang tahun ini termasuk Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Inggeris, Pemartaban Pendidikan Bahasa Melayu, Pembanguna­n Repositori Data Pendidikan dan Peluasan Penggunaan Dashboard, Program Transforma­si Daerah, Peningkata­n Akses Daripada Peringkat Prasekolah Hingga Menengah Atas dan Penyediaan Infrastruk­tur Asas di Semua Sekolah.

Dalam pada itu, Khadijah berkata, PPPM terus mendapat pengiktira­fan dunia apabila meraih Anugerah Pengurusan Projek (APM) Mike Nichols untuk Inspirasi 2017 dalam satu majlis berprestij di United Kingdom November lalu.

 ??  ??
 ??  ?? KHADIJAH menunjukka­n Anugerah Pengurusan Projek (APM) Mike Nichols untuk Inspirasi 2017.
KHADIJAH menunjukka­n Anugerah Pengurusan Projek (APM) Mike Nichols untuk Inspirasi 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia