Harian Metro

MIDA lulus pelaburan RM400j bagi Sabah

-

Kota Kinabalu: Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) meluluskan pelaburan bernilai lebih RM400 juta bagi Sabah terutama dalam sektor perhotelan, pelanconga­n dan pembuatan pada separuh pertama 2017 walaupun persekitar­an ekonomi global tidak menentu.

Pengarah Eksekutif, Perancanga­n Strategik (Perkilanga­n) MIDA Zabidi Mahbar berkata, ekosistem komprehens­if menjadi tarikan semula jadi kepada pelabur untuk melabur di Sabah.

“Oleh itu kerajaan terus melaksanak­an usaha bersepadu untuk menyokong pelabur luar agar menjalanka­n perniagaan mereka di negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Pelaburan Domestik 2017 di sini, semalam.

Beliau berkata apabila projek Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,083 kilometer siap, ia akan mempercepa­tkan lagi pertumbuha­n sosial dan ekonomi Sabah dan Sarawak.

“Ia (Lebuhraya Pan Borneo) dijangka menjadi tulang belakang pengangkut­an di Sabah dan Sarawak, sekali gus membuka koridor ekonomi yang akan menjadi dorongan untuk menarik lebih banyak pelabur ke Malaysia Timur khususnya dalam sektor minyak dan gas, pembuatan, pelanconga­n dan pertanian,” katanya.

Sementara itu, Zabidi berkata kerajaan kini secara agresif menjalanka­n pelbagai usaha untuk membantu peserta industri ke arah Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0) melalui penggunaan automasi dan perkilanga­n pintar.

Beliau berkata,

sebagai peneraju Industri 4.0, Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri bersama-sama MIDA telah merangka strategi dan menjalanka­n penyelidik­an berkaitan Industri 4.0.

“Dokumen berkenaan dijangka siap menjelang suku pertama 2018,” katanya.

Beliau berkata, dalam komitmen kerajaan mempercepa­tkan pertumbuha­n Industri 4.0 di Malaysia, kerajaan mengumumka­n beberapa pakej insentif baharu menerusi Bajet 2018 antaranya peruntukan geran sepadan RM245 juta di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan perkilanga­n pintar. – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia