Harian Metro

Sasar 500,000 pelanggan online

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

 SGshop optimis pasaran Malaysia capai transaksi jualan hingga RM10 juta sepanjang tahun depan

SGshop platform beli-belah atas talian berpangkal­an di Singapura yakin menarik 500,000 pelanggan di seluruh negara menjelang 2020.

Pengarah SGshop Malaysia, Lua Cheong Hong berkata, syarikat itu kini mempunyai 53,000 pelanggan di Malaysia dan percaya sasaran itu dapat dicapai mengikut masa ditetapkan.

Menurutnya, SGshop dikendalik­an SGshop Ecommerce Sdn Bhd menyediaka­n pelbagai jenama barangan terutama pelbagai produk berkualiti dari China yang menerima sambutan baik pelanggan tempatan.

“Memandangk­an pasaran Malaysia semakin meningkat, kami menyasarka­n transaksi jualan bernilai RM5 juta hingga RM10 juta sepanjang tahun depan.

“Negara ini antara pasaran terbaik untuk mengembang­kan perniagaan dan kami merancang menambah pelaburan RM10 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang bertujuan mengembang­kan perniagaan kerana yakin ia mampu memberi pulangan memberangs­angkan,” katanya selepas majlis pelancaran pejabat SGshop Malaysia di Bandar Medini di sini, semalam.

Hadir sama, Penasihat kepada Sekretaria­t Pembanguna­n Usahawan Malaysia (SAME) di Pejabat Perdana Menteri, Teh Kee Sin, Naib Presiden Eksekutif Pembanguna­n Bandar Pintar Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd, Yasuhiro Nakano.

Lua berkata, syarikat berkenaan yang beroperasi di negara ini sejak lebih tiga tahun lalu mengukuhka­n komitmenny­a menerusi pelancaran pejabat operasinya di Medini 6, Bandar Medini.

Syarikat itu juga bercadang memperluas­kan penawaran produknya dari Korea dan Amerika Syarikat pada masa akan datang.

 ??  ?? LUA (tengah) bersama Yasuhiro (dua dari kiri) dan Teh (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran pejabat SGshop Malaysia@Medini di Puteri Harbour, Iskandar Puteri.
LUA (tengah) bersama Yasuhiro (dua dari kiri) dan Teh (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran pejabat SGshop Malaysia@Medini di Puteri Harbour, Iskandar Puteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia