Harian Metro

Unjur jualan 6,000 unit model XV

-

Shah Alam: TC Subaru Sdn Bhd (TC Subaru), pengedar eksklusif kenderaan jenama Subaru di Malaysia menyasarka­n jualan 6,000 unit pada 2018 dengan pengenalan model kenderaan utiliti sukan (SUV) XV Serba Baru yang dilancarka­n minggu lalu.

Pengarah Eksekutifn­ya, Reza Mutalib berkata, pihaknya menyasarka­n jumlah lebih tinggi daripada yang dicatatkan tahun ini iaitu 4,600 unit kerana penerimaan pasaran dan peningkata­n jualan dari tahun ke tahun.

“Model XV ini didatangka­n dengan enjin baru diberi peningkata­n kuasa kuda, ruang dalaman elegan dan sistem keselamata­n terbaik termasuk tujuh beg udara ditawarkan,” katanya.

Saiznya juga lebih lebar dan panjang dengan jarak roda ditambah 30 milimeter (mm) untuk lebih keselesaan ruang kepada penumpang menggunaka­n senibina Subaru Global Platform.

Selain jualan mereka juga akan menambah kepada 45 pusat 4S (jualan, servis, alat ganti dan cat) di seluruh negara berbanding 37 ketika ini dan yang terkini dibuka di Shah Alam dikendalik­an oleh Aiman Motor Performanc­e (AMP) sebuah anak syarikat ARCA Corporatio­n Sdn Bhd. Ketua Pegawai Eksekutif ARCA Corporatio­n, Amirah Che Azizuddin berkata, pusat 4S dengan keluasan 4,047 meter persegi itu mempunyai 24 tapak servis dengan alatan terkini dan moden serta ruang menunggu yang selesa. Ajinomoto (Malaysia) Bhd (Ajinomoto) menyasarka­n hasil jualan mencecah RM1 bilion pada 2025 berbanding RM420 juta yang dicatatkan bagi tahun kewangan 2016, berakhir 31 Mac 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusannya, Naoko Yamamoto, berkata sasaran jangka panjang menyaksika­n kadar pertumbuha­n tahunan terkumpul (CAGR) sembilan peratus itu akan disokong kestabilan dan pengukuhan dalam segmen perniagaan sedia ada. Beliau berkata, ketika ini portfolio pengguna menyumbang 91 peratus, manakala bakinya adalah daripada industri.

Katanya, Ajinomoto menggarisk­an pelbagai usaha untuk merealisas­ikan sasaran berkenaan termasuk mempelbaga­ikan tawaran produk, memperkena­lkan produk baru dan menggunaka­n sumber yang dimiliki bagi memperkuku­hkan asas perniagaan.

“Mulai tahun depan hingga 2020, kami memperkuku­hkan struktur perniagaan, melancarka­n produk bermusim dan baharu untuk menarik pelanggan serta memperkena­lkan ‘Open New Sky’ iaitu mempelbaga­ikan penawaran produk bagi jualan serta keuntungan masa depan, ” katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.

 ??  ?? REZA (kiri) pada majlis pelancaran Subaru model XV dan Pusat Aiman Motor Performanc­e (AMP) di Glenmarie.
REZA (kiri) pada majlis pelancaran Subaru model XV dan Pusat Aiman Motor Performanc­e (AMP) di Glenmarie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia