Harian Metro

Anak jadi ‘pasangan’

- Daily Mail

 Bapa perkosa dua zuriat sejak kecil selama hampir 20 tahun dipenjara 16 tahun

Seorang lelaki dipenjara 16 tahun kerana merogol dua anak perempuann­ya selama hampir dua dekad sejak mereka masing-masing berusia lapan dan 12 tahun.

Bapa berusia 64 tahun itu yang namanya tidak didedahkan bagi melindungi anaknya kerap merogol dua beradik terbabit sehingga mereka merasakan tindakan itu perkara biasa.

Anak bongsunya tinggal bersamanya selepas dia serta isteri berpisah, dan sejak itu berterusan menjadi mangsa rogol sehingga berusia 26 tahun.

Hakim Mahkamah Daerah, John Staude berkata, disebabkan perbuatan itu, mangsa menganggap dia pasangan bapanya.

Anak sulungnya bulan lalu memberi keterangan di mahkamah berkata, dia terpaksa merelakan perbuatan bapanya kerana mahu memastikan lelaki gembira.

“Saya mahu dia bangga dengan kami. Dia selalu marah-marah dan merengus, jadi ‘menyerah’ kepadanya nampaknya mampu menggembir­akannya,” katanya.

Panel juri yang mendengar perbicaraa­n itu ditawarkan kaunseling berikutan fakta kes yang terlalu menjijikka­n.

Mahkamah diberitahu, lelaki

itu terus itu merogol anak-anaknya tidak kira di mana saja termasuk di garaj atau dalam vannya.

Staude berkata, lelaki itu menggunaka­n kuasa sebagai bapa dan kekuatan fizikal untuk menundukka­n anaknya dan memaksa mereka akur kehendakny­a.

Sementara itu, peguam lelaki itu memberitah­u anak guamnya kekal menafikan semua tuduhan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia