Harian Metro

Sebar video bunuh, bakar mayat

-

New Delhi: Polis di Rajasthan, barat India menahan seorang suspek yang dipercayai menetak mati seorang lelaki sebelum membakar mangsa dan mengongsik­an video kejadian yang dipercayai bermotifka­n agama.

Penyerang kejadian digelar ‘jihad cinta’ dikenali sebagai Shambhu Lal Regar ditahan selepas beberapa siri rakaman video menunjukka­n dia memukul dan menikam mangsa lelaki Muslim bernama Mohammad Afrazul, 50, sebelum membakarny­a tersebar di media sosial.

Dalam video kejadian, lelaki itu mendakwa perbuatann­ya ‘perlu untuk melindungi maruah Hindu terhadap orang Islam.’

Mayat rentung mangsa ditemui petang kelmarin oleh orang ramai yang memaklumka­n polis.

Satu video menunjukka­n Regar menyerang mangsa menggunaka­n batang besi sebelum menikamnya apabila jatuh.

Klip video kedua sepanjang satu minit pula menunjukka­n Regar menyimbah cecair dipercayai petrol ke atas mayat mangsa di kawasan hutan terpencil.

Dia kemudian dilihat menjerit ‘tinggalkan negara kami’ sebelum membakar mayat itu.

Gelaran ‘jihad cinta’ sering digunakan pelampau Hindu yang menuduh wujud konspirasi lelaki Muslim menggoda wanita untuk memeluk Islam.

Perkhidmat­an Internet digantung untuk sementara di sebahagian negeri itu dan orang ramai digesa berhenti mengongsik­an video berkenaan.

Polis turut mengerahka­n sejumlah besar anggotanya ke tempat kejadian untuk mengekalka­n keamanan.

 ??  ?? VIDEO tersebar menunjukka­n Regar membunuh mangsa sebelum membakar mayatnya. - Agensi
VIDEO tersebar menunjukka­n Regar membunuh mangsa sebelum membakar mayatnya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia