Harian Metro

Skuad B-14 Pahang sedia pertahan gelaran

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pahang sedia mempertaha­nkan kejuaraan Kejohanan Hoki TNB-1MAS bawah 14 tahun yang bakal membuka tirainya di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok sekali gus memburu kejuaraan ketiga sejak 2014.

Ketua jurulatih pasukan lelaki bawah 14 tahun Pahang, Mohd Sufian Mohamad berkata, meskipun tampil selaku juara bertahan, beliau tidak mahu barisan pemainnya bersikap terlalu yakin mampu mengatasi semua lawan yang

(gambar)

bakal dihadapi nanti.

“Memang kami tiada sasaran lain selain mahu mempertaha­nkan kejuaraan.

“Tapi pasukan seperti Selangor, Sabah, Johor dan Kuala Lumpur sentiasa memberikan saingan cukup sengit dan kami perlu berwaspada apabila bertemu mereka,” katanya pada sidang media hari ini.

Bagi memenuhi sasaran itu, Sufian mengakui beliau meletakkan sandaran besar kepada beberapa pemain yang diharap mampu menjadi mesin pencetak gol untuk pasukan.

“Kami mempunyai barisan pemain yang mampu melakukan pukulan sudut penalti dengan baik selain barisan penyerang yang bagus.

“Kami juga sudah lama melakukan persiapan dan harap dengan usaha ini kami mampu mempertaha­nkan kejuaraan untuk edisi kali ini,” katanya.

Pahang diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama Melaka, Pulau Pinang, Kelantan dan Perlis.

Mereka akan memulakan kempen dengan bertemu Kelantan esok.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia