Harian Metro

MSN, ISN sedia bincang demi kebaikan atlet

- Mohd Khairie Khalid khairie@bh.com.my Devinder Singh devinder@nst.com.my

Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara (MSN) sedia berbincang dengan Institut Sukan Negara (ISN) mengenai hasrat mengambil alih pengurusan kafeteria atlet.

“Insya-Allah, kita akan bincang nanti,” kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi.

Kelmarin, media melaporkan bahawa ISN bersedia mengambil alih pengurusan kafeteria atlet daripada MSN kerana badan itu memiliki kepakaran dalam memastikan diet dan pemakanan atlet terjaga.

Kesediaan itu disuarakan Pengerusi ISN,

Datuk Seri

Abdul Azim

Mohd Zabidi sambil menyifatka­n hasrat berkenaan memerlukan perbincang­an agar menemui penyelesai­an terbaik.

Jelasnya, disebabkan makanan atau diet dirancang adalah di bawah naungan ISN, sepatutnya lebih baik jika kafe atlet diletakkan di bawah kendalian institut berkenaan.

Ini kerana ISN turut memainkan peranan terhadap atlet termasukla­h dari sudut fizikal, biomekanik dan fisio.

ISN adalah agensi di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan yang menjadi peneraju kepada pembanguna­n kemajuan dan kecemerlan­gan sains, perubatan dan teknologi sukan negara.

Antara misi ISN ialah memastikan amalan, penyelidik­an, inovasi dan pembanguna­n di dalam perubatan, sains serta teknologi sukan berada di tahap antarabang­sa.

Misi MSN pula adalah memastikan program pembanguna­n sukan berprestas­i tinggi dilaksanak­an secara menyeluruh, sistematik dan berkesan di semua peringkat.

Sebagai rekod, kafeteria atlet berada di bawah seliaan MSN sejak 1996 apabila berpindah ke Bukit Jalil dari Stadium Negara.

>>ISN sedia ambil alih pengurusan kafeteria atlet daripada MSN

Kuala Lumpur: Nicol David akan berdepan seteru lamanya, Jenny Duncalf dari England apabila Kejohanan Dunia dijadualka­n bermula di Manchester, Isnin nanti.

Impiannya untuk memenangi Kejohanan Dunia buat kali kesembilan bukanlah mudah apatah lagi naib juara dua kali, Raneem El Weleily dan juara edisi 2013, Laura Massaro pasti menjadi penghalang.

Sejak menjulang gelaran dunia buat kali kelapan dengan mengalahka­n pemain Mesir, Raneem pada 2014, Nicol gagal melepasi suku akhir sepanjang dua Hong Kong, Annie Au yang mengejutka­n Nicol di Terbuka AS tetapi kekalahan itu berjaya ditebus di Terbuka Hong Kong.

Raneem yang tewas di final Kejohanan Dunia 2016 di tangan rakan senegara, Nour El Sherbini, dijangka bertemu Nicol di suku akhir.

Laura yang diletakkan selaku pemain pilihan, akan menanti sama ada Raneem atau Nicol di separuh akhir.

Nicol muncul satu-satunya wakil Malaysia dalam kategori wanita di kejohanan itu kerana Low Wee Wern masih belum sembuh daripada kecederaan lutut manakala juara Terbuka Malaysia, S Sivasangar­i memilih untuk beraksi di Terbuka Pakistan pada 17 hingga 23 Disember.

 ??  ?? NICOL idam gelaran Kejohanan Dunia buat kali kesembilan.
NICOL idam gelaran Kejohanan Dunia buat kali kesembilan.
 ??  ??
 ??  ?? ABDUL Azim
ABDUL Azim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia