Harian Metro

Kecewa pulang tangan kosong

- Fabian.mark@nstp.com.my

Pemain bowling kebangsaan, Rafiq Ismail tidak keberatan untuk menceritak­an soal kekecewaan­nya di Kejohanan Bowling Dunia yang berlangsun­g di Las Vegas, baru-baru ini.

Selepas cemerlang di Jelajah Persatuan Pemain Bowling Profesiona­l (PBA) awal bulan lalu di Reno, Nevada, Rafiq berada dalam situasi yang jauh berbeza apabila dia dan rakan-rakannya berada di Vegas untuk mengharung­i Kejohanan Bowling

(gambar)

Dunia.

Ketika skuad wanita pulang dengan satu emas dan tiga perak, nasib berbeza dialami skuad lelaki yang pulang dengan tangan kosong.

“Ia memang mengecewak­an kerana saya berharap dapat meneruskan rentak cemerlang di Jelajah PBA ke Kejohanan Dunia.

“Ketika beraksi di acara perseorang­an lelaki, saya sedar bahawa ia bukan mudah kerana corak sapuan minyak yang berbeza. Bagaimanap­un, saya percaya keadaan itu akan bertambah baik dan memudahkan saya untuk memenangi pingat apatah lagi saya tidak pernah menang apa-apa di Kejohanan Dunia pertama yang disertai beberapa tahun lalu. Tapi malangnya, ia tidak menjadi.

“Ia sangat menyedihka­n. Saya harap dapat bangkit untuk menamatkan tahun ini dengan gemilang,” kata pemain kidal itu ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Selain Rafiq, pemain lain yang turut berada di KLIA ialah Ahmad Muaz Fishol

Rafiq mahu bangkit lupakan kegagalan di Vegas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia