Harian Metro

Belum cukup bagus

- Mohd Khairie Khalid khairie@bh.com.my

 Kon Lee akui pemain muda bola jaring negara perlu lebih banyak latihan bagi memantapka­n mutu permainan

Skuad bola jaring negara perlu menjalani lebih banyak latihan selepas kembali ke Malaysia untuk memantapka­n lagi mutu permainan.

Perkara itu disuarakan jurulatih kebangsaan, Choo Kon Lee ketika mengulas mengenai kekalahan pasukan Malaysia kepada pasukan tuan rumah pada aksi Piala Negara-Negara di Arena OCBC Singapura, kelmarin.

Pada perlawanan keempat kelmarin, Malaysia dibelasah Singapura dengan keputusan 35 berbalas 61, sekali gus menghuni tangga tercorot perlawanan setakat ini.

Begitupun, Kon Lee menegaskan barisan pemain muda yang diturunkan menimba banyak pengalaman apatah lagi pasukan Singapura membariska­n skuad Sukan SEA mereka.

“Pemain agak penat dengan tiga perlawanan yang sengit sebelum ini (menentang Cook Islands, Ireland, Swaziland). Selepas ini lawan kita adalah pasukan Hong Kong.

“Disebabkan Hong Kong pun tewas semua perlawanan, jadi kita berharap dapat mengalahka­n mereka hari ini untuk menamatkan saingan di kedudukan kelima.

“Yang penting adalah pengalaman diperoleh kerana ramai atlet muda beraksi (bawah 21 tahun) kecuali L Karishma. Banyak latihan lagi perlu dilakukan selepas kembali ke Malaysia untuk memperting­katkan prestasi mereka,” kata Kon Lee.

Dalam perkembang­an sama, jurulatih itu berkata tidak ada sasaran diletakkan di kejohanan itu sebelum ini kerana misi adalah mengutip mata bagi menghuni ranking yang lebih baik.

Piala Negara-Negara ber- mula pada Ahad lalu dan akan menutup tirai Sabtu ini.

Antara negara yang mengambil bahagian adalah Cook Islands, Hong Kong, Ireland, Malaysia, Singapura dan Swaziland.

 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN Singapura (merah) dibarisi skuad Sukan SEA.
PASUKAN Singapura (merah) dibarisi skuad Sukan SEA.
 ??  ?? KON LEE
KON LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia