Harian Metro

SIC terima Anugerah Grand Prix Terbaik buat kali kedua

-

Kuala Lumpur: Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) menerima Anugerah Grand Prix Terbaik buat kali kedua selepas Grand Prix Malaysia Shell dua bulan lalu turut dinobat selaku yang terbaik untuk musim 2017.

Kali pertama SIC menerima penghargaa­n itu adalah pada 2012 dan anugerah berkenaan dinilai antaranya oleh Suruhanjay­a Grand Prix yang disertai Dorna Sports SL, Persekutua­n Permotoran Antarabang­sa (FIM) dan IRTA.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali

berkata, ia satu penghormat­an untuk menerima anugerah berkenaan sekali gus membuktika­n kemampuan SIC untuk menganjurk­an perlumbaan bertaraf dunia.

“Ini membuktika­n dedikasi dan keupayaan pasukan kami untuk menganjurk­an acara antarabang­sa yang diiktiraf oleh badan induk dunia seperti FIM dan Dorna (pemegang hak komersial dan televisyen untuk kejuaraan),” katanya.

“Terdapat 18 sirkit dan penganjur musim ini dan kami

(gambar)

dipilih. Ia satu berita gembira buat Malaysia terutamany­a peminat dan sudah tentu anugerah ini akan menambahka­n lagi semangat staf SIC.”

GP Malaysia 2017 menunjukka­n peningkata­n dalam jumlah kehadiran penonton dan sepanjang tiga hari perlumbaan, seramai 166,486 penonton hadir ke Sepang.

Jumlah itu secara tidak langsung menyaksika­n peningkata­n ketara berbanding 161,533 kehadiran penonton tahun lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia