Harian Metro

Kian Meng, Pei Jing mampu beri cabaran

-

Kuala Lumpur: Penampilan sulung Tan Kian Meng-Lai Pei Jing di Siri Super Akhir harus dibuktikan bahawa mereka layak beraksi di kejohanan berkenaan bukan kerana faktor nasib semata-mata malah mampu memberi cabaran kepada gandingan terbaik dunia yang lain.

Menurut Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, Siri Super Akhir adalah medan tepat buat Kian Meng-Pei Jing menamatkan badi aksi kurang konsisten.

“Kita sangat berbangga kerana Malaysia mempunyai dua wakil di kejohanan berkenaan, Kian Meng-Pei Jing dan Datuk Lee Chong Wei. Saya harap gandingan beregu campuran mampu menamatkan aksi kurang konsisten mereka di Dubai,” katanya.

“Mereka yang layak ke kejohanan ini adalah antara lapan gandingan terbaik dunia. Jadi saya tidak mahu mereka hanya mara atas faktor bernasib baik selepas wakil China terpaksa dikurangka­n daripada tiga kepada dua pasangan berdasarka­n peraturan yang ditetapkan.

“Begitu juga dengan ketiadaan pasangan Thailand apabila Sapsiree Taerattana­chai mengalami kecederaan. Buktikan bahawa mereka mara ke kejohanan ini bukan hanya kerana fakto nasib," kata Norza yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Kejurulati­han & Latihan BAM.

Ujarnya, juara Masters Malaysia itu perlu mengambil peluang terhidang ini dengan sebaik mungkin dan memberikan impak sekali gus mengesahka­n bahawa mereka memang berhak untuk beraksi di kejohanan itu.

Mengenai Chong Wei pula, Norza mengakui bahawa tiada tekanan buat bekas pemain nombor satu dunia itu selepas berjaya muncul juara Terbuka Hong Kong bulan lalu.

“Ini adalah peluang terbaik buatnya untuk membina momentum bagi menghadapi saingan musim baru,” katanya.

Kesemua mereka dijangka akan bertolak ke Dubai Ahad ini dan kejohanan berkenaan akan bermula 13 hingga 17 Disember ini dengan hadiah wang tunai keseluruha­n AS$1 juta (RM4.8 juta).

 ??  ?? KIAN Meng (kiri) Pei Jing harus buktikan mereka layak beraksi pada Siri Super Akhir.
KIAN Meng (kiri) Pei Jing harus buktikan mereka layak beraksi pada Siri Super Akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia