Harian Metro

Atin wira 9’s Terbuka Jerai

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Red E Girl B membuktika­n penguasaan apabila muncul juara pada Kejohanan Bola Sepak Wanita 9S Terbuka Jerai di Padang Awam Guar Chempedak, Kedah baru-baru ini.

Pada perlawanan akhir, Red E Girl B menewaskan pasukan JR FC dari Pulau Pinang dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Atin Surang, manakala tempat ketiga (bersama) pula menjadi milik Red E Girl A dan Hijack FC dari Pulau Pinang.

Juara membawa pulang wang tunai RM800 berserta piala dan pingat sementara naib juara menerima RM500 dan tempat ketiga (bersama) masing RM200 satu pasukan.

Menurut Penolong Jurulatih skuad Red E Girl B Mohd Irwan Rashidi, kemenangan yang diraih pemainnya adalah hasil usaha gigih dan kesungguha­n semua pihak terutama ketua jurulatih Zulkifli Jaafar, pemain dan pihak pengurusan.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terbabit dalam mencapai kemenangan ini kerana semua pasukan yang bertanding mempunyai kehebatan tersendiri dan mampu memberi saingan yang sengit hingga ke hujung perlawanan.

“Ini kemenangan yang manis untuk kami selepas kami berusaha dengan gigih dan juga pelengkap untuk menutup musim 2017 ini.

“Kami mahu terus mara dengan motivasi kemenangan ini sebagai persediaan skuad bola sepak wanita Kedah menghadapi kejohanan Liga Bola Sepak Rakyat Wanita (LBRW) dan Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) akan datang.

“Kami juga menyasarka­n tempat terbaik pada kedua-dua kejohanan itu selepas skuad wanita kami mencapai status Juara LBRW dan naib juara PTSR pada tahun ini,” katanya.

Kejohanan yang dianjurkan oleh TLJ Corporatio­n di bawah naungan Persatuan Bolasepak Yan itu disertai lapan pasukan kebanyakan dari kawasan utara dibahagika­n kepada dua kumpulan. Ia turut disertai pasukan dari luar utara seperti Kelantan dan Negeri Sembilan.

 Red E Girl B jagoan pada Kejohanan Bola Sepak Wanita 9S

 ??  ?? PASUKAN Red E Girl B meraikan kejayaan muncul juara Kejohanan Bolasepak Wanita 9S Terbuka Jerai.
PASUKAN Red E Girl B meraikan kejayaan muncul juara Kejohanan Bolasepak Wanita 9S Terbuka Jerai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia