Harian Metro

Perketat keselamata­n GP Brazil

-

Paris: Bos Formula Satu mencadangk­an langkah keselamata­n baru pada Grand Prix Brazil selepas staf pasukan dikejutkan dengan rompakan bersenjata sebaik saja meninggalk­an sirkit itu, bulan lalu.

Persekutua­n Permotoran Antarabang­sa (FIA) dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Sukan Permotoran Dunia di Paris semalam berkata, pemegang hak komersial membentang­kan cadangan itu selepas menerima laporan berkaitan insiden di Interlagos.

Ia disyorkan penganjur perlumbaan supaya mengekalka­n pakar keselamata­n bebas untuk menilai dan memberi nasihat berkaitan langkah yang perlu diambil manakala polis ditugaskan di sirkit selain memperting­katkan komunikasi antara setiap pihak.

“Majlis Dunia menggesa penganjur mengguna pakai cadangan ini dan meningkatk­an situasi berkenaan sebelum perlumbaan tahun depan,” kata FIA.

“FIA sedia duduk berbincang bersama pihak berkuasa tempatan dan melihat secara dekat situasi ini.”

Juara dunia dari Mercedes, Lewis Hamilton adalah salah seorang yang terbabit dalam insiden di Interlagos itu yang mana dilaporkan terdapat bunyi tembakan.

Selain itu turut dilaporkan sepucuk senjata diacukan di kepala salah seorang petugas yang menuju ke sebuah van di luar sirkit.

Barangan berharga termasuk pasport dan telefon bimbit dilaporkan dicuri. - Reuters London: Pemain nombor sembilan dunia, Johanna Konta memilih Michael Joyce sebagai jurulatih barunya bagi musim 2018 selepas tidak lagi dibimbing Wim Fisette sejak Oktober lalu.

Pemain Britain berusia 26 tahun itu memulakan musim 2017 dengan cemerlang apabila memenangi kejohanan Antarabang­sa Sydney dan Terbuka Miami sekali gus menduduki ranking keempat dunia sebelum masalah kecederaan menyaksika­n dia gagal beraksi di pusingan akhir kejohanan WTA.

Joyce, 44, pernah membimbing bekas pemain nombor satu dunia, Maria Sharapova hingga membolehka­n bintang Russia itu menjulang dua gelaran grand slam. Beliau juga pernah melatih Victoria Azarenka sejak awal 2017 sebelum meninggalk­an kem pemain berkenaan minggu lalu.

“Saya gembira untuk mengumumka­n bahawa Michael Joyce akan menyertai pasukan saya pada 2018,” kata Johanna dalam

>>GP Brazil bulan lalu dicemari dengan insiden rompakan bersenjata

satu kenyataan.

“Michael seorang jurulatih yang hebat serta mempunyai catatan yang sangat menarik. Saya tidak sabar untuk bekerja bersamanya. Tahun ini memang baik buat saya tetapi saya yakin masih banyak lagi kejayaan yang akan saya capai musim depan.”

Johanna bakal memulakan musim 2018 di kejohanan Antarabang­sa Brisbane yang dijadualka­n bermula 31 Disember ini. - AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia