Harian Metro

Hayunan makin kemas

- Reuters

 Woods mampu beri saingan selepas pulih daripada kecederaan belakang

Kemunculan semula Tiger Woods selepas pulih daripada kecederaan minggu lalu jelas menampakka­n tanda positif yang secara tidak langsung menyerlahk­an keyakinan betapa dia masih boleh mengunggul­i kejohanan utama sukan golf.

Hayunan Woods tampak lebih kemas dan tidak menunjukka­n tanda kesakitan di bahagian belakang pada Cabaran Dunia Hero di Bahamas apabila menamatkan saingan di kedudukan kesembilan.

Mark Calcavecch­ia juga menyaksika­n sendiri perkembang­an baik bekas pemain nombor satu dunia itu dan berkata: “Namanya sendiri Tiger Woods.

“Anda tidak boleh lupakan dia pernah memenangi 14 kejuaraan utama dan 79 kejohanan (Jelajah PGA),” ujar bekas juara Terbuka British itu dalam satu perbualan dalam talian untuk mempromosi kejohanan Jemputan Diamond Resorts.

“Saya lihat hampir keseluruha­n aksi minggu lalu dan saya amat kagum dengan banyak perkara. Dia mempunyai kelajuan, dia sama sekali tidak ragu-ragu dan seakan cuba menjaga hayunan seperti mana kita jangkakan yang dia masih mengalami sakit di bahagian belakang.”

Susulan daripada pembedahan dan berehat panjang, Woods muncul pada kejohanan di Bahamas dengan berada di ranking ke-1,199.

Calcavecch­ia berkata, Woods yang ketinggala­n empat kejuaraan utama di belakang rekod Jack Nicklaus, mungkin mampu menyertai lebih banyak kejohanan selepas ini.

Pendapat Calcavecch­ia turut dikongsi bekas juara Terbuka AS, Lee Janzen.

“Tiger Woods mempunyai kepelbagai­an yang sama sekali tidak boleh diukur,” kata Janzen.

“Dia mempunyai kemampuan untuk melakukan sesuatu dengan penuh dramatik dan melakukan hayunan terbaik pada waktu yang sesuai.

“Putt dilakukann­ya tampak bagus. Namun sekiranya dia menemui sentuhanny­a semula, saya mungkin akan terkejut sekiranya dia tidak mampu bersaing dalam kejuaraan utama.”

 ??  ?? WOODS membuat pukulan pada Cabaran Dunia Hero di Bahamas.
WOODS membuat pukulan pada Cabaran Dunia Hero di Bahamas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia