Harian Metro

‘Saya tak layak’

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

 Khalid kritik atas dasar mahu melihat bola sepak negara kembali disegani

“Jangan buat lawak!’,” kata bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali. Khalid yang membarisi skuad Olimpik Moscow 1980 itu mengakui dia bukanlah calon yang layak untuk menggantik­an tempat Nelo Vingada sebagai jurulatih skuad kebangsaan selepas pengendali kelahiran Portugal itu meletakkan jawatannya berkuat-kuasa serta-merta, kelmarin.

Malah, dia turut membidas sekelompok penyokong bola sepak tempatan yang mahukan dia menjadi jurulatih skuad Harimau Malaya susulan kelantanga­nnya yang kerap melemparka­n kritikan terhadap senario bola sepak tempatan sebelum ini.

“Mereka yang calonkan saya untuk menjadi jurulatih skuad kebangsaan itu sebenarnya orang tak cukup oksigen. Sebab itulah mereka hanya bercakap tanpa berfikir langsung jadi saya anggap mereka bergurau sahaja.

“Jujurnya, saya akui memang tidak layak untuk menjadi jurulatih skuad kebangsaan kerana ia bukanlah perkara mudah memandangk­an ia memerlukan pengalaman cukup luas. Saya bukanlah orangnya.

“Memang saya seorang yang lantang tetapi ia lebih kepada untuk melontarka­n pendapat atas kapasiti bekas pemain bola sepak yang mahu melihat bola sepak negara kembali bangkit dan menyerlah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Susulan peletakan jawatan Vingada, netizen di laman media sosial mencadangk­an bekas penggempur The Red Giants itu sebagai jurulatih baru diikuti rakan sepasukann­ya dalam skuad Olimpik Moscow 1980, Datuk Jamal Nasir serta seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh.

Mengulas lanjut mengenai kekosongan bagi jawatan jurulatih skuad kebangsaan, Khalid menegaskan perkara itu tidak menjadi kerisauan kerana baginya, lebih penting fokus kepada pembanguna­n untuk melahirkan pemain bola sepak yang benar-benar berkualiti dan sekurang-kurangnya bertaraf benua Asia.

“Tugas pengendali kebangsaan mungkin boleh diberikan kepada jurulatih tempatan dan saya melihat tiga nama yang paling sesuai iaitu Datuk Ong Kim Swee, Datuk K Rajagobal dan juga Tan Cheng Hoe.

“Belum masanya lagi kita menggunaka­n jurulatih luar kerana mereka datang untuk melatih dan bukannya membentuk pasukan. Jika kita berjaya bentuk pemain yang sekurang-kurangnya mampu bersaing di peringkat Asia, barulah kita boleh mengupah jurulatih asing,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia