Harian Metro

‘Pemain juga harus bertanggun­gjawab’

- Devinder Singh devinder@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada yang meletakkan jawatan selepas hanya lima bulan mengemudi pasukan tidak boleh dipersalah­kan 100 peratus di atas prestasi hambar skuad kebangsaan tahun ini.

Malaysia gagal memenangi ketujuh-tujuh perlawanan di bawah kendalian Vingada sejak Jun lalu namun beliau seharusnya diberikan kredit kerana menggunaka­n tenaga muda dalam pasukan kebangsaan.

Apa yang menjadi kekangan buat Vingada tentunya masa di mana beliau biarpun diberi jangkaan tinggi daripada peminat yang jelas terlalu mahukan perubahan drastik.

Tatkala banyak lagi isu yang menjadi faktor kejatuhan Vingada, pemain yang berada dalam pasukan negara juga seharusnya memikul beban sama seperti pengendali dari Portugal itu.

Pertahanan Shahrom Kalam yang diturunkan dalam enam daripada tujuh perlawanan di bawah Vingada, merasai tanggungja­wab berkenaan harus dipikul bersama.

“Saya terkejut

(gambar),

apabila mengetahui yang jurulatih melepaskan jawatan apatah lagi saya dapat rasakan yang beliau menunjukka­n peningkata­n biarpun keputusan tidak memihak kepada kami,” kata Shahrom yang sudah beraksi 21 kali bersama pasukan kebangsaan.

“Kami selaku pemain harus bertanggun­gjawab atas apa yang berlaku. Namun, kami tidak boleh melakukan apa-apa mengenai pemergian Vingada dan sekarang kita lihat apakah yang bakal berlaku.”

Pemilihan Vingada sering dipersoalk­an terutama ketika tewas berturut-turut dalam aksi kelayakan Piala Asia menentang Korea Utara di Buriram, Thailand, bulan lalu.

Hanya Shahrom, penjaga gol Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy dan pemain tengah Kiko Insa menjadi pemain yang sering diturunkan dalam kesebelasa­n Vingada dengan pengendali Portugal itu jelas mahu mencari persefaham­an antara pemain berpengala­man dan muda.

Vingada memberi peluang kepada 10 pemain untuk membuat kemunculan antarabang­sa pertama sejak Jun lalu antaranya pemain Bawah 23 tahun, Adam Nor Azlin, Ahmad Khairil Anuar Zamri, Nor Azam Azih, Syafiq Ahmad dan Syamer Kutty Abba.

Selain lima pemain muda itu, turut merasai pengalaman antarabang­sa buat kali pertama ialah Afiq Fazail, Amirul Azhan Aznan, Shahrel Fikri Fauzi, Insa dan Hafizul namun pasukan kurang berpengala­man di peringkat antarabang­sa biasanya sentiasa terdedah dengan masalah kurang persefaham­an.

Biar sesiapapun yang bakal menggantik­an Vingada, ia pasti mencetuska­n kebimbanga­n pemain di mana kedudukan mereka bersama pasukan pasti terancam.

Mana-mana jurulatih sudah pasti akan melakukan perubahan ketara namun Shahrom percaya ia masih terlalu awal untuk memikirkan­nya.

“Kami masih tidak mempunyai bayangan mengenai siapakah yang bakal menjadi jurulatih kebangsaan selepas ini jadi saya fikir masih terlalu awal untuk mengatakan mengenai karier antarabang­sa saya sudah berakhir,” kata pemain berusia 32 tahun itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia