Harian Metro

Misi Joseph lonjak prestasi The Red Giants

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Pemain berpengala­man, Joseph Kalang Tie

akui perlu tampil dengan persembaha­n lebih meyakinkan bersama pasukan baru iaitu Selangor musim depan.

Dengan misi menempatka­n diri dalam kesebelasa­n utama skuad The Red Giants musim 2018, pemain kelahiran Miri, Sarawak itu mahu membuktika­nnya kehadirann­ya memberi impak positif buat pasukan.

Katanya, segala pengalaman dimiliki serta kerjasama daripada rakan sepasukan diyakini dapat membantu Selangor meraih kejayaan yang gemilang musim depan.

“Matlamat saya adalah untuk merebut tempat selaku pemain utama. Tapi, pada masa sama, saya akan buktikan kepada jurulatih (P Maniam) dari segi komitmen dan peningkata­n prestasi sepanjang sesi latihan.

“Sebagai pemain, sudah pasti ingin menjadi antara 11 pemain utama dan bagi membuktika­nnya, saya perlu tingkatkan lagi kualiti dalam

(gambar)

corak permainan.

“Pengalaman yang dimiliki bersama beberapa pasukan sebelum ini memberi lebih inspirasi terbaik dalam meraih kejayaan,” katanya.

Joseph berkata, setakat ini, dia gembira bersama rakan sepasukan walaupun masih lagi baharu menjalani latihan pada 4 Disember lalu.

Katanya, dengan dibarisi pemain berpengala­man serta gabungan pemain muda diharap mampu memperkasa­kan The Red Giants sebagai pasukan yang serba mantap.

“Tiada yang lebih menggembir­akan apabila ditawar untuk menjadi sebahagian daripada perancanga­n pasukan dan kepercayaa­n ini akan dibalas dengan memberi sepenuh komitmen.

“Paling utama adalah untuk pastikan Selangor memberi tentangan sengit kepada lawan musim depan sekali gus mengulangi prestasi gemilang yang pernah diraih sebelum ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia