Harian Metro

FMLLP akan bantu

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

 Sedia hulur bantuan bagi mengetahui status pemain import kelima musim depan

Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), sedia membantu mana-mana pasukan Liga Super untuk mengesahka­n status kelayakan pemain import jika mereka berminat untuk menggunaka­n import kelima musim hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam berkata, seandainya mereka tidak pasti dengan status pemain import kelima sama ada menepati syarat yang ditetapkan, mereka boleh menghantar dokumen berkaitan untuk memohon pengesahan daripada FMLLP terlebih dulu.

“Kita boleh tolong untuk menyemak sama ada pemain import kelima yang mahu didaftarka­n itu benar-benar layak mengikut syarat yang ditetapkan sebelum ini kerana tidak mahu timbul masalah di kemudian hari.

“Sebabnya kita khuatir jika mereka sudah tandatanga­ni pemain itu terlebih dahulu namun tidak dapat mendaftark­an pemain itu kerana tidak cukup syarat, mereka akan kata itu sebagai agenda FMLLP yang sengaja menghalang mereka daripada menguatkan pasukan mereka.

“Jadi, kita sedia bantu mereka membuat pengesahan supaya tidak mahu perkara sebegitu berlaku,” katanya.

Sementara itu, Kevin turut mengesahka­n perbincang­an sudah dilakukan dengan lembaga pengarah untuk melonggark­an syarat pemain import kelima itu yang ketika ini memerlukan mereka memiliki sekurang-kurangnya 30 kap bersama skuad kebangsaan mereka.

“Matlamat utama pengenalan kuota pemain import kelima ini adalah supaya kehadiran mereka menarik minat penyokong daripada luar, sekali gus membantu meningkatk­an aspek komersial.

“Jadi, kita boleh pertimbang­kan untuk beri kelulusan kepada pemain terbabit walaupun tidak ada 30 penampilan bersama skuad kebangsaan mereka, jika matlamat asal itu dapat dicapai dengan penyertaan mereka dalam Liga Super,” katanya.

Sebelum ini, badan pengendali liga itu membenarka­n pasukan yang bertanding dalam Liga Super untuk mendaftark­an lima pemain import dengan satu kuota baru yang diperkenal­kan adalah untuk pemain import daripada Asia Tenggara (ASEAN).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia