Harian Metro

Kehadiran Akanni perkuat jentera serangan TFC II

- Faizul Azlan Razak sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Terengganu FC II (TFC II) mengesahka­n mengikat penyerang berbisa, Akanni-Sunday Wasiu untuk mengetuai jentera serangan menghadapi saingan Liga Perdana musim depan.

Bekas penyerang sensasi UiTM FC itu menandatan­gani kontrak selama setahun dengan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) semalam.

Ketua jurulatih TFC II, Mustaffa Kamal Wahab

berkata, kehadiran penyerang berusia 33 tahun itu memberi kekuatan kepada pasukannya terutama di bahagian serangan.

Menurutnya, pemain import dari Nigeria itu sudah membuktika­n dia antara penyerang digeruni dalam Liga Malaysia (Liga M) ketika menyarung jersi UiTM FC.

“Sudah pasti kehadiran Sunday sedikit sebanyak memperkuat­kan pasukan di jentera serangan apatah lagi TFC II dibarisi rata-rata pemain muda musim depan.

“Tugas saya sekarang mengenal pasti penyerang tempatan yang akan digandingk­an

(gambar)

dengan Sunday di bahagian depan TFC II,” katanya.

Mustaffa berkata, pasukannya akan diperkuatk­an seorang lagi awang import mungkin untuk mengisi posisi pertahanan.

“Sebelum ini kami mahu mendapatka­n pemain pertahanan kelahiran Brazil yang beraksi dalam Liga Perdana, namun gagal mencapai kata putus.

“Jadi, kami sudah kenal pasti pemain dari Haiti dan menunggu keputusan sama ada menerima tawaran menyertai TFC II atau tidak dalam masa terdekat,” ujarnya.

 ??  ?? AKANNI (kiri) ketika mewakili UiTM FC musim lalu.
AKANNI (kiri) ketika mewakili UiTM FC musim lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia