Harian Metro

Hamsani dilantik jurulatih penjaga gol The Bos Gaurus

- Azizan Hashim sukan@hmetro.com.my

Ipoh: Bekas penjaga gol kebangsaan Hamsani Ahmad

akan membantu persiapan Perak bagi menghadapi kempen Liga Malaysia 2018 apabila dilantik sebagai jurulatih penjaga gol pasukan The Bos Gaurus.

Hamsani bukan asing lagi bagi peminat Perak kerana pernah menyarung jersi Kejor Yob Kejor dari 2001 hingga 2008.

Bekas pemain dari Negeri Sembilan itu kali terakhir mewakili Selangor pada 2015.

Pengumuman pelantikan Hamsani bagi menggantik­an Talib Saidi itu dibuat Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, semalam ketika mengumumka­n nama pemain serta pegawai pasukan Perak.

Seramai 14 pemain musim lalu termasuk dua import Leandro Dos Santos Oliveira dan Gilmar Jose Da Silva Filho adalah antara 22 pemain disenaraik­an.

Perak mengekalka­n Mehmet Durakovic sebagai ketua jurulatih tetapi tidak penolongny­a Chong Yee Fatt.

Sebaliknya jawatan penolong

(gambar)

jurulatih dikosongka­n hingga mendapat calon sesuai.

Setiausaha PAFA, Ahmad Shahrul

Azhar Soffian kekal sebagai pengurus pasukan manakala Naib

Presiden I serta Ahli

Dewan Undangan (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim selaku penolong pengurus.

Puhat berkata, Perak akan memulakan latihan petang ini bagi membuat persiapan menghadapi Liga M bermula Februari 2018. “Sasaran kami adalah tiga teratas dalam Liga serta satu piala tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, pasukan itu mungkin beraksi di Stadium Majlis Perbandara­n Manjung atau Stadium TLDM, Lumut berikutan kerja naik taraf dan pembinaan trek Stadium Perak hanya dijangka siap Mac atau April depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia